Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, November 29, 2009

Dah Setahun?




Anak mama dah setahun? Wawiwu...cepatnya masa berlalu. Sekejap je rasa..Ada rasa gembira, terharu, dan macam-macam lagilah. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit, pagi tu aku mintak tolong mak buatkan pulut kuning skit sebagai tanda kesyukuran. Bawak pegi office jamu kawan-kawan. Tapi tetiba je tengahari isha demam mengejut, Suhu dia 38.9. Mak oiiiiiiiiiii. terkejut aku. Doktor terus suggest untuk masukkan ubat dalam buntut biar cepat kebah pasal panas sgt. Petang masa balik keje tu nampak dh ok skit. Tpi diselangi pulak dengan selsema & batuk. Buntu aku mikirkan pasal dia nampak ok je then tiba-tiba demam kuat. Takut aku. Kata orang may be nak 'beralih tahun', nak besar..mungkin jugak kot. Sebab mengejut sangat jadik. Ngam-ngam masa umur dia cukup setahun.


Malamnya, buat majlis kecil-kecilan je ngan family. Seronok jugak even dgn keluarga je pn..kihkihkih. Isha bkn main aktif lagi sampai kek tu ditendangnya. Tengoklah gambar kat bawah ni. Habis dh masing-masing dapat merasa kek tendangan kaki isha.


Kek tu nenek yg sponsor. Kalu ikut aku nk order yg kecik je sbb bkn ramai pn. Tapi dh neneknya nk jugak yang besar, ikut jelah.



























Raziq Rafiq... nyum nyum

gelagat isha yg baru je nampak tanda nak tumbuh gigi 4 batang..hahaha


Abah kasik..

Cik Sue kasik..


Nenek ngan mak ngah (jb) kasik


Cik Nik kasik..


Cik ana Kasik

Mama? mama belikan Isha baju satu set yang Isha tgh pakai tu lah..hehehe

Emm. Birthday isha kebetulan sehari sebelum hari raya haji..maka aku tk terasa sgt sambutan raya pasal duk sibuk nk sambut birthday isha. hehehe... Eem...so far seronok sgt. InsyaAllah kalu ada rezeki, panjang umur, tahun depan bleh buat lagi. Amin..

Tuesday, November 24, 2009

Banjir punyer citer..

Al kisah...
Sekarang ni kan musim tengkujuh, makanya kat kemaman ni dah lama dh tk naik air. tapi this year cam ada potensi nak banjir. Kisah ni berlaku pada 20 November 2009 (Jumaat)...kuang kuang kuang...hahahaha
Pagi tu bangun cam biasa dan memang nampak cuaca cam mendung tapi aku buat biasa je...dlm pukul 11 hujan dh start turun lebat. Lebat sangat sangat. Pkl 12.30 tgh, aku pn masak nasi, kluarkan ikan dri peti ais nak masak. Isha tgh tido masa tu. Bukak tingkap belakang nampak air dh penuh dlm longkang. ok lagi masa tu. Pastu norul plak take over keje masak memasak ni. Skali dia buka pintu belakang nk buang sampah, uish tergezut tgk air dlm 2 inci lg nak masuk bahagian dapur rumah. Aku dh panik. tapi norul still relax...dia kata dia dh biasa hadapi banjir. Tapi aku ni rasa berdebar sgt2 sebab aku tk pernah kena banjir. Lepas mkn tgh...main ngan isha jap. Pastu dlm pkl 3.30 Isha tidur balik.
Aku tk senang duduk. Kluar tgk kat bahagian depan umah, masa tu tayar keta dh separuh tenggelam ngan air.Aku pn rasa cam dh takut skit. Pastu nampak ramai org dh start kuar rumah kluarkan keta letak kt tempat tinggi skit. Then apa lagi, aku pn buat benda yg samalah. Pastu, yg makin terkejut, rupa-rupanya rumah barisan depan paras air dh sampai lutut. Dn aku pn masa jln kaki nk balik umah pas parking keta tu, air dh paras keting dh...Aku dh cemas skit. Sampai umah, call ayah suruh datang ambik isha pasal nk standby kalu betul betul banjir, senang aku nk angkut barang. Ayah call a few minutes later ckp jln kat depan sunway dh kena tutup pasal air naik. Then ayah ambik jln ikut bandar. Ayah sampai je, terus aku transfer isha suruh bawak balik. Pastu, siap bagi kunci keta kt adik aku suruh bawak keta balik skali coz takut keta tenggelam kang susah plak. aku makin panik bila ayah kata cepat berkemas. dlm masa 1 jam lg may be air akan naik dn banjir kt sini.
Apa lagi...aku dh panik, dn turut mem'panik' kan kawan aku si Norul ni. Dia pn dari duduk relax ikut aku berkemas skali. Aku dh lipat toto, karpet, bantal..letak kt tempat tinggi skit. Pastu, aku nampak norul relaks. Norul kata, rasanya ok lagi ni pasal kalu air dh naik kt depan porch baru nk start kemas. HAHAHA.... Aku rasa nk ketawa plak bila tengok smua barang aku dh lipat. Tinggal baju je blm transfer dlm beg...hahahaha. Aku panik sgt smpai tk perasan smua yg aku buat. Bayangkan..si Yana (Housemate sorang lagi) dia kebetulan kat kl masa tu. Siap call kawan dia suruh bawak lori nak angkut barang. hahaha..berdekah-dekah ketawa masa kawan dia sampai umah.
Petang siap kitaorg kuar lg pg beli lauk kt binjai..Anak pn di transfer balik pada aku dimlm harinya. Angkut smula pampers dn baju anak yang boleh dikatakan banyak gila aku dh packing hantar ke umah mak..hahaha
-BIASALAH...TK PERNAH HADAPAI BANJIR-

Saturday, November 14, 2009

~Weekend~

Huhu...minggu ni abah balik. Petang after aku balik keje tu, bwk isha pg jln-jln kat taman permainan..dia demam sebenarnya...demam mengejut! tapi biasalah isha ni jenis yg tak merengek..dalam pada demam tu ketawa juga anak bertuah ni bila ajak main.After balik dari taman permainan tu singgah pasar malam jap, then terus balik umah. Risau jugak coz badan dia makin panas kan...aku tak bagi dia pakai baju. just pakai pampers je. tup tap dlm pkl 10 lebih tu dia nampak makin ok. Badan pn dh tk brapa panas. Main pn makin aktif. Alhamdulillah...nilah yang dinamakan demam 'koboi'.

Besoknya, aku pn rasa mcm malas nk pegi mana-mana. Just duduk umah jelah. Lagipn cuaca tk menentu sekarang ni..So, mulalah dlm kepala duk mikir nk masak apalah hari ni..huhuhu. Disebabkan favourite hubby masakan yg berasaskan daging, so fikir duk fikir nilah hasilnya..
Daging masak 'black pepperDaging Bakar cecah sambal kicap hehe...petai... (Idea utk sayur yang paling senang)

Semua yang diatas tak sesuai utk isha. so, mama gorenglah ikan utk anak mama ni
Emm....dah siap makan, rehat-rehat jap...petangnya bila mula rasa cam boring...apalagi, kuarlah. tak tau nk pegi mana. Bawak je keta...pastu nampak signboard pantai cherating masuk je..hehe

Disebabkan jarang pg pantai, isha pn takut ngan air laut. Letak je kaki dalam air menjeritlah dia takut tengok ombak. hahaha. Dan yang lucunya, aku saja je korek-korek pasir then terjumpa remis pulak. dah abah bising tanya mama tak nak balik ke.hahahaha. Habis tu cam seronok sgt cari remis tu...


Ni je yang sempat jumpa sebab hujan dah mula turun renyai-renyai. Kang tak pasal-pasal plak demam. Ingat kan nak balik rumah terus. Sempat juga singgah makan sata & otak-otak kat kuala.

Seronok jugak kalu dapat mcm ni every week. Ada je aktiviti. Ni kalu time abah tak balik boring je 2 beranak duk umah tak tau nak buat apa..takpalah..sabar je dengan dugaan ni.