Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, June 28, 2010

Bercuti panjang!!!!

Sebulan aku bercuti memandangkan tak larat sesangat nak beri komitmen pada kerja. Alahan kali ni rasa ok sikit dari yang dulu. Mungkin sebab dah ada pengalaman, so aku dah tau serba sedikit cara nak mengatasinya. Apa yang lain cuma kali ni aku tak boleh nak makan nasi putih, asyik nak minum ais..pagi-pagi dah minum air sejuk, kalu makan ayam macam cepat muak. Yang lain rasanya sama jer. Then, apa yang banyak membantu aku rasa sebab aku dah jumpa ubat yang sesuai kali ni. 'VELOXIN' (Ubat tahan muntah). Aku telan sebiji je pagi masa lepas breakfast. Tahan sampai pagi besoknya. Kalu dulu makan ubat tahan muntah yang biasa jek. Jadi utk sehari 2-3 kali aku kena telan. Cukup 2 bulan setengah usia kandungan, aku try stop makan ubat tu. Alhamdulillah ok. Cuma lepas tu adalah beberapa kali aku muntah. Tapi under control lah. Ni dah 4 bulan alahan tu pun dah beransur takda. Lega dah berjaya melalui fasa genting tu. Orang yang biasa alahan teruk taulah macam mana. Makanan yang dulu aku tak boleh makan semuanya aku dah boleh telan dah...Hehehe...Apa yang lebih penting...'Miracle in progress' ni sihat membesar...Amin-