Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, August 23, 2010

Puasa oh Puasa...

Dugaan di bulan puasa. Satu badan angin... dah banyak hari jugak aku 'ponteng puasa' sebab muntah tak berhenti sampai asid naik ke atas. Jadi gastrik pulak aku. Macam mana yer... sayangnya nak tinggal puasa. Mengenangkan malas nak ganti nanti tu. Tapi bak kata doktor, kalau memudaratkan jangan dipaksa. Alhamdulillah setakat ni kalau aku muntah /lapar seteruk mana pun, anak masih aktif. Jadi takdalah aku rungsing sangat. Hari ni dah pun hari ke 14 umat islam berpuasa. Aku dah 4 hari tinggal puasa setakat ni. Ya Allah kuatkanlah semangat aku. -amin-

Sunday, August 1, 2010

DUGAAN

Hidup kalau takda dugaan...memang bukan hidup namanya. (kata oranglah). Tapi, kadang-kadang rasa macam tk tertahan dah nak tanggung semua dugaan dariNya...Walau apapun hidup tetap perlu diteruskan.
Buat masa ni aku pening sangat nak buat decision dalam hidup. Aku sayang dengan kerja aku sekarang. Dengan kawan-kawan pn ok, tapi at the same time bukanlah satu benda yang menggembirakan bila terpaksa berjauhan dengan suami. Beban ni rasa makin bertambah dengan bakal kehadiran orang baru dlm hidup aku. Bukanlah maksud aku kehadiran orang baru ni membebankan...cuma masalah ni yang membebankan. Aku masih tak dapat nak buat keputusan dengan rasional lagi jalan mana yang mesti aku pilih.
Kadang-kadang aku rasa aku nak quit dan balik duduk dengan husband. Kadang-kadang aku rasa belum bersedia nak quit dari kerja kat sini. Tapi, mampu ke aku jaga kedua-duanya seorang diri? Kuat ke aku? Aku terfikir yang aku ni tidaklah sekuat itu.
Tengoklah jalan mana yang aku akan pilih. Semoga Allah S.W.T mempermudahkan jalan kehidupan aku ini. amin...