Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, January 25, 2010

Perkembangan Nur Alisha

Biasanya kita akan lupa perkembangan anak bila dia semakin membesar. Tapi sebenarnya sweet utk di kenang dan boleh juga kita cerita bila anak dah besar nanti. Ni mama buat untuk Nur Alisha..

1) First word 'ABAH' - 7 bulan
2) Second word 'MAMA' - 9 bulan (Tak aci!)
3) Start makan bubur - 5+ bulan
4) Expect ada ekzema - 3 bulan (Tukar susu Nan HA 1)
5) Tukar susu Nan HA 2 - 11 bulan
6) Tukar susu Nan 2 - 1 tahun 2 bulan (Tgk mcm ok je-just kawal makan)
7) Meniarap - 3+ bulan (21/3/2009) mama ingat sebab ada gambar isha time ni siap dgn date
8) Pandai tgk Tv - 6 bulan
9) Bangun dan berpaut pada sesuatu - 8 bulan
10) Merangkak - 9 bulan
11) Duduk dgn stabil - 8 bulan
12) Tumbuh gigi (4 batang) - 1 tahun 2 bulan

Setakat yang aku catat kat blog ni, Isha still takut nak berjalan. Masa setahun 1 bulan tu dia dah boleh berjalan 7 langkah. But now, may be dia ada jatuh ke masa try nak jalan. So, bila kita pimpin dia, ok je. Lepas je tangan, terus tak nak jalan. Takpalah...sabar je.

Sunday, January 17, 2010

Survey for REUNION 5 AL-GHAZALI, MRSMKT BATCH 98/99

Kepada semua kawan-kawan ex-5G, ini adalah hasil survey yang saya dapat masa pergi menjenguk ke Cherating. Terpulanglah pada comittee nak buat pilihan yang mcm mana.

1) CHERATING BAY RESORT


Agak mahal sebab semua jenis apartment. Harga start dari RM147 (weekdays) RM189 (Weekends). Ini yang standard apartment. Price including breakfast for 2 persons. Queen/2 single beds. Ada TV, Water jug & hot water shower


2) TANJUNG INN

Yang ni aku tak sempat nak ambik gambar sebab dah lewat sangat.

Rate : Aircond room - 4 persons RM 150.00

Aircond room - 2 persons RM 120.00

Family room - 4/5 persons RM 70.00

Double room - 2 persons RM 55.00

Service : laundry, Bicycle for rent

Tempat dia agak cantik jugak. Laman web http://www.tanjunginn.com.my/

Contact No : 09-5819081

3) CHERATING PALM RESORT

Rate : Standard - RM 94 (Weekday), RM 144 (Weekend)
Family - RM 99 (Weekday), RM 165 (Weekend)
Superior - RM 123 (Weekday) RM 199 (Weekend)

Service : Karaoke Room (RM50 per hour), Boleh tempah makanan kat dia bergantung pada menu yang kita nak.

Contact No : 09-5819378

4) RANTING BEACH RESORT


































Rate : RM 250.00 - 5 persons (Rumah jenis 2 tingkat)

RM 220.00 - 4 persons

RM 170.00 - 3 persons

RM 150.00 - 2 persons

RM 100.00 - 2 persons (Fan)

Service : Makanan per person - Breakfast (RM 5), Lunch (RM 12), Dinner (RM 12), BBQ (RM 25)

Nampak cantik, kedudukan pn betul-betul tepi pantai.

Contact No : 09-5819068


5) KOMPLEKS BUDAYA CHERATING

Rate : Chalet - RM 100 ( 7 chalet ), Dorm - RM 25 per person

Service : Makanan - RM 25.00/pax ( 6 times per day) - tapi menu biasa jelah. Bukan buffet

Boleh arrange untuk sukaneka - Sewa padang RM 150.00, Sukan 6 jenis = RM 3 seorang. Boleh pilih nak sukan apa.. Dia akan fix kan utk kanak-kanak & dewasa. Kalu nak sewa padang netball (RM 50), Padang Street Soccer (RM 50)

Selain tu, diorang juga boleh adakan aktiviti kebudayaan yang kita boleh involve sekali mcm masakan tradisional, anyaman, canting batik, monyet panjat pokok kelapa, gasing, wau. Ada persembahan kebudayaan mcm tarian, wayang kulit, dikir barat. Diaorang akan charge ikut apa yang kita nak.

Aktiviti naik boat menyusuri sungai dan tengok kelip-kelip - RM 25.00 seorang

Jungle tracking - RM 9 seorang

Senamrobik - RM 200 satu sesi

Karaoke set - RM 400

BBQ set - RM 25 seorang (boleh BBQ sambil memancing sebab tapak BBQ tu kat jeti)

Kalau tak nak sewa kat dia, kita boleh jugak ambik aktivi je kat dia.

Laman Web : http://www.kompleksbudayacherating.com/

Contact No : 012-5957473 (mohd Safuan)


EXTRA

On the way nak balik tu, terjumpa ni. so, kalau nak contact pn boleh. Dia boleh arrangekan jugak aktiviti yang kita nak.


Saturday, January 9, 2010

Tonsil

Pada mulanya Isha demam..So, aku just bagi ubat demam cam biasa coz ingat dia cuma demam biasa je. Pastu besoknya demam dia tk kebah jugak. Badan dia makin panas, aku dah mula rasa risau. Tambahan lagi, Isha dah kurang minum susu, selera makan kurang, banyak diam dan merengek. Malamnya aku decide bawak dia pergi klinik. Sampai kat klinik, aku ceritalah kat doc yang Isha ni demam may be sebab nak tumbuh gigi. Then, lepas doc check, rupanya Isha ada Tonsil..dah bengkak kat tekak dia. Doc check suhu demam isha dah 38.5 C. terus doc masuk ubat ikut bawah. Kesian sangat tengok isha. merah muka dia sebab demam tinggi sangat. Ni first time aku tengok isha nangis kuat sebab sakit. Sampaikan aku terpijak air kat lantai, ingatkan apa, rupanya air mata dia sebab kuat sangat nangis. Doc pn nampak risau jugak. Dia suruh aku mandikan isha sama ada dengan air bunga raya / air asam jawa balik dari klinik ni. So, balik tu, aku terus siapkan air asam jawa utk mandi dia. Nak cari bunga raya tak nampak plak malam2 ni. Aku pegi keje pn tak tenang ingatkan dia. Lama jugak isha nak sembuh balik. Hari ke-5 baru nampak dia ok. Tapi tu pun still tk macam biasalah kalu nak dibandingkan dengan sebelum ni. Apa perkara baru yang aku belajar ialah, budak kalu kena tonsil ni kita bagi dia makan ais krim. Cepat baik... kalu ceritakan kat orang tua, memanglah diaorang marah..cakap lambat tumbuh gigilah, tak elok.. biasalah tu. Tapi Alhamdulillah memang betul apa yang doktor nasihatkan. Dan itu je yang nampak cam Isha boleh makan. Yang lain semua dia tolak. May be sebab aiskrim tu kan cair senang nak telan dan kebas bila masuk ke tekak...jadi automatik tonsil tu tak rasa...

Monday, January 4, 2010

JB-KL-Bukit Tinggi Resort

Huh! puas hati jugaklah seminggu apply cuti. Boleh spend quality time dengan family. Penat tu takyah cakaplah. Tapi seronok kan.

Tentatif percutian
25/12 - Bertolak ke JB (pagi)
Malamnya ada kenduri kat rumah mak saudara husband
26/12 - Tengok progress rumah kat kangkar pulai
Kenduri kahwin kat kempas
27/12 - Kenduri kahwin kat Kota Tinggi

Malamnya teman hubby main futsal kat larkin
28/12 - Pergi Ulu Tiram umah Cik Idah
Malamnya tidur kat rumah skudai
29/12 - Bertolak ke KL
Stay umah Cik Alias kat TUDM Subang
30/12 - Pergi Ikea, Sogo
Stay umah Cik Nong, Dinner kat 'lupa nama tempat tu' hehe...seafood











31/12 - Pergi umah keluarga angkat hubby kat klang












Aku tak lepaskan peluang makan ikan keli bakar kat ss2 (teringat zaman belajar dulu)
Malamnya, jln-jln kat PStreet
Lepak kat i-city tgk bunga api
01/01 - Bertolak ke Bukit Tinggi





























































fuh....Penat yang seronok.