Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label Main Masak Masak. Show all posts
Showing posts with label Main Masak Masak. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Masak oh masak...

Since dh jadi surirumah sepenuh masa ni,
hubby rajinlah request masak tu masak ni. Tapi dia takdalah paksa aku buat. Bila dia request, biasanya aku akan diam jek...tapi 1-2 hari lepas tu mesti dapat punya..hehehe..
Dh 3 tahun duduk berjauhan, jadi aku tk berkesempatan nak masakkan utk en.suami yg best best sgt memandangkan aku pn duk ngan family, kadang dia balik pun kitaorang byk makan kat luar jek...selebihnya kat rumah mak yang banyak masak. Mak kurang gemar kalau orang lain yang masak kat umah dia...katanya malas nak kemas balik...huhu


Favourite utama hubby biasanya makanan berasaskan daging...masaklah apa pun asalkan daging...mesti dia selera punya
then, masak lemak...apa-apa yang dimasak guna santan, automatik jadi favourite dia...hrm...



Ni antara yang aku sempat snap!



Ikan Kerapu Masak Stim



Daging Bakar + Sambal Kicap




Nasi Daging Pelangi? ni resepi ciptaan sendiri, maka aku letaklah nama ikut suka...haha. Bangga sebab 3x hubby tambah nasi..sedap katanya




Rebung Masak LemakItalic


Banyak lagi...tapi ni je antara yg aku sempat snap. nak snap byk2 pun nanti blog ni dh bertukar jadi blog masakan..haha..saja je suka-suka buat mengisi masa terluang..



Sunday, February 7, 2010

Mee Kari


PERCUBAAN PERTAMA!

Hubby amik cuti lama kali ni. 4 hari.. So, decide nak masakkan dia mee kari. Aku baru tau dia suka makan mee kari. Dulu pernahlah buat masa bujang. Sekarang, kena tengok resepi semula... Alhamdulillah menjadik. hehehe! Cuma aku ada adjust skit campur udang. Lupa nak beli ayam. Oklah tu...kuang kuang kuang!

Tuesday, December 1, 2009

Masak time...

Raya, raya jugak... tapi bila hubby balik sebolehnya aku akan cuba luangkan jugak masa memasak utk kami makan sekeluarga. Kalau tk, agak susahlah sebab takda org nak tengok kan Isha bila dh sibuk kt dapur. So, dapat daging korban boleh tahan banyak jugak. Apa lagi... masaklah. Hubby kalau boleh nak aku bakar daging tu mcm yg aku buat hari tu je. Tapi disebabkan daging yang diberi tu kebanyakannya lemak/tetel (hubby panggil lemak tu 'tetel'), so terpaksalah aku masak resepi yg lain...
Goreng merah cam ni ok lah kalu nk mengelakkan dari muak sebab banyak sgt lemak

Pari bakar

Cecah sambal kicap

Antara sayur favourite hubby


Dessert time..


Saturday, November 14, 2009

~Weekend~

Huhu...minggu ni abah balik. Petang after aku balik keje tu, bwk isha pg jln-jln kat taman permainan..dia demam sebenarnya...demam mengejut! tapi biasalah isha ni jenis yg tak merengek..dalam pada demam tu ketawa juga anak bertuah ni bila ajak main.After balik dari taman permainan tu singgah pasar malam jap, then terus balik umah. Risau jugak coz badan dia makin panas kan...aku tak bagi dia pakai baju. just pakai pampers je. tup tap dlm pkl 10 lebih tu dia nampak makin ok. Badan pn dh tk brapa panas. Main pn makin aktif. Alhamdulillah...nilah yang dinamakan demam 'koboi'.

Besoknya, aku pn rasa mcm malas nk pegi mana-mana. Just duduk umah jelah. Lagipn cuaca tk menentu sekarang ni..So, mulalah dlm kepala duk mikir nk masak apalah hari ni..huhuhu. Disebabkan favourite hubby masakan yg berasaskan daging, so fikir duk fikir nilah hasilnya..
Daging masak 'black pepperDaging Bakar cecah sambal kicap hehe...petai... (Idea utk sayur yang paling senang)

Semua yang diatas tak sesuai utk isha. so, mama gorenglah ikan utk anak mama ni
Emm....dah siap makan, rehat-rehat jap...petangnya bila mula rasa cam boring...apalagi, kuarlah. tak tau nk pegi mana. Bawak je keta...pastu nampak signboard pantai cherating masuk je..hehe

Disebabkan jarang pg pantai, isha pn takut ngan air laut. Letak je kaki dalam air menjeritlah dia takut tengok ombak. hahaha. Dan yang lucunya, aku saja je korek-korek pasir then terjumpa remis pulak. dah abah bising tanya mama tak nak balik ke.hahahaha. Habis tu cam seronok sgt cari remis tu...


Ni je yang sempat jumpa sebab hujan dah mula turun renyai-renyai. Kang tak pasal-pasal plak demam. Ingat kan nak balik rumah terus. Sempat juga singgah makan sata & otak-otak kat kuala.

Seronok jugak kalu dapat mcm ni every week. Ada je aktiviti. Ni kalu time abah tak balik boring je 2 beranak duk umah tak tau nak buat apa..takpalah..sabar je dengan dugaan ni.