Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, October 13, 2010

Dugaan yang berakhir tanpa disangka-sangka

29.09.2010...pagi tu mak telefon, cakap Isha tetiba je demam panas mengejut. Aku pun apa lagi dengan terboyot-boyot drive cepat-cepat nak balik ambik Isha bawak pergi klinik. Sampai je rumah, terus dukung dia bawak pergi klinik Erlina. Doc suspect demam dia yang sebelum ni belum habis betul-betul lagi sebab Isha susah sgt nak makan antibiotik. Agaknya tak sedap sangat kot. Sampai menangis melolong tak nak makan. Siap boleh bezakan antibiotik dgn ubat lain. Then, aku mintak doc buat test darah sebab sekarang ni kan musim denggi. After tunggu test darah about 2 minutes, tgk-tgk isha punya sel darah putih tinggi -18.5. Doc kata kalau normal tak boleh lebih dari 11. So, suspect isha dah kena jangkitan kuman. Isha memang dah lemah sangat masa tu. Demam dia dah cecah 38. Doc terus masuk ubat ikut buntut & lepas ni aku kena masukkan sendiri setiap 6 jam. So, balik rumah hantar Isha yang dalam keadaan lemah sangat tu. Hati ni risau, tapi kena kuat semangat demi anak.

Aku balik semula ke office lepas tu. Dalam pukul 4.30 mak call lagi cakap dari aku pergi office tadi Isha dah 2 kali muntah dan tak makan apa-apa. Dia pun dah lemah sangat. Aku dah kusut sangat. Terus on the spot pergi klinik Erlina. Syukurlah masa aku sampai tu Dr. Khusnie ada. Dia cadang suruh Isha masuk ward. So, Doktor terus buat surat untuk warded ke KMC. Aku balik umah mak, tgk isha jap...badan dia panas. Masa tu dia tgh tidur. Then aku balik umah aku, packing baju semua pasal jauh kan. Malas nak ulang alik. Abah Isha pulak dah siap sedia beli tiket dari JB nak bertolak balik malam ni jugak. Siap Mak dan Ayah mertua ikut sekali sebab nak tengok cucu.

Lepas maghrib, aku dan family bertolak 2 buah kereta pergi kuantan. Sepanjang perjalanan Isha lemah sangat. Menepek kat tepi aku. Nak duduk atas riba, aku plak tgh drive. Kesian dia...Inilah nasibnya kalu abah duk jauh. Sampai je dekat hospital, terus pergi jumpa Dr. Yeoh. Check suhu badan Isha dah cecah 39.7. Mak oiiiiiiiiiiiii. Terkejut aku. Doc terus masukkan ubat buntut sekali lagi. Ada jangkitan kuman kat tekak dia. Kebetulan wad pulak penuh. Nurse tu siap naik atas lagi pergi check kot kot ada bilik kosong. Then, try check Kuantan Specialist kat Alor Akar pun wad penuh jugak. Dah kebetulan musim budak sakit agaknya. Doc bagi banyak jenis ubat jugak untuk dia bertahan dari jadi lebih teruk lagi..Dia suruh aku stay hotel dulu sebab dia kata dh booked wad. So, probably esok boleh check in. Tapi, aku decide balik kemaman jelah sebab mak dgn adik adik pun ada ikut sekali.

On the way balik, singgah kedai makan. Mungkin Allah S.W.T nak menguji aku seketika. Isha terus sihat. Siap berlari-lari keliling meja, nyanyi-nyanyi...makan nasi banyak pulak tu. Anak mama sihat secara tiba-tiba. Aku rasa pelik sangat. Bayangkan daripada lemah tak bermaya...sampai boleh lari-lari dengan pakcik dia. Allah maha besar! Then terus je balik rumah..sampai kat rumah, Isha siap sambunag main. Tidur pun dekat pukul 1 pagi. Husband & mertua sampai pukul 3 pagi dan semua orang tidur mati. tak sedarkan diri sebab kepenatan. Sedar tak sedar masa bangun nak sembahyang subuh. Kesian....diaorang tidur kat beranda....Lucu...lucu.....

Alhamdulillah...Isha pun dah sihat. Keesokan paginya nurse KMC call cakap ada bilik kosong. So, aku booked dulu. Tgk keadaan Isha makin ok, petangnya aku cancel jelah bilik tu. Dugaan yang berakhir tanpa di sangka-sangka....Yang penting jangan cepat panik. Bertindak secara rasional. InsyAllah akan ada jalan penyelesaiannya.