Wednesday, October 3, 2012
Kenapa???????????
Semakin hari semakin curious nak tahu apa saja yang dia nampak, dengar kat sekeliling dia.
Start bangun je, normally dia mesti akan start dengan ayat kenapa....sampailah dia nak tidur malam karang.
"Mama, kenapa dia tidur?"
"Mama, kenapa kartun tu nampak besar?"
"Mama, kenapa mama masak?"
"Mama, kenapa pasir tu ada ulat?"
"Mama, kenapa kena gosok gigi?"
"Mama, kenapa kita pergi sana?"
Dan...................bermacam-macam lagi soalan yang akan bermula dengan kenapa!
Memang bagus sebab bila dia tanya... bermakna otak dia sedang aktif bekerja memikirkan kenapa itu dan kenapa ini.
Tapi, sometimes sampai mamanya tak boleh nak jawab dah...bila kepenatan, mama cam malas nak layan... jadi jawapan yang kakak isha dapat..."mama tak taulah, kakak"
Then, kakak akan jawab "Ohh..."
Bila dah banyak kali dia tanya dan mama jawab tak tau, dia akan kata "Mama ni asyik tak tau je..."
Huhuhuhu...tersentap juga mama ni.
Aku suka tengok perkembangan kakak yang sangat-sangat positif
Bila dia main sendiri, berimaginasi sendiri,
Kalu main dengan Teddy Bear, siap bagi susu...bacakan buku...
Kakak paling suka bila aku bacakan buku untuk dia...seronok sangat
Tapi soalan 'kenapa' berlipat kali gandalah banyaknya....
hahahaha
Monday, March 14, 2011
Alisha dah berhenti minum susu...
Saturday, November 20, 2010
Sayang anak tangan-tangankan...

Isha..Isha....kesian bila kena pukul dengan mama. Mama tak sengaja sebenarnya. Cuma kadang kerenah isha betul-betul buat mama hilang sabar. Kadang Isha buat perangai dengan tak tau apa puncanya. Mama dukung tak kena, mama letak isha marah, mama buat bodoh pun makin isha menjerit...Kesian Isha yang tak mengerti apa-apa bila kena marah dengan mama. "kesian juga kat diri sendiri" -bisik hati kecil aku.
-Maafkan mama, isha sayang-
Wednesday, October 13, 2010
Dugaan yang berakhir tanpa disangka-sangka
Aku balik semula ke office lepas tu. Dalam pukul 4.30 mak call lagi cakap dari aku pergi office tadi Isha dah 2 kali muntah dan tak makan apa-apa. Dia pun dah lemah sangat. Aku dah kusut sangat. Terus on the spot pergi klinik Erlina. Syukurlah masa aku sampai tu Dr. Khusnie ada. Dia cadang suruh Isha masuk ward. So, Doktor terus buat surat untuk warded ke KMC. Aku balik umah mak, tgk isha jap...badan dia panas. Masa tu dia tgh tidur. Then aku balik umah aku, packing baju semua pasal jauh kan. Malas nak ulang alik. Abah Isha pulak dah siap sedia beli tiket dari JB nak bertolak balik malam ni jugak. Siap Mak dan Ayah mertua ikut sekali sebab nak tengok cucu.
Lepas maghrib, aku dan family bertolak 2 buah kereta pergi kuantan. Sepanjang perjalanan Isha lemah sangat. Menepek kat tepi aku. Nak duduk atas riba, aku plak tgh drive. Kesian dia...Inilah nasibnya kalu abah duk jauh. Sampai je dekat hospital, terus pergi jumpa Dr. Yeoh. Check suhu badan Isha dah cecah 39.7. Mak oiiiiiiiiiiiii. Terkejut aku. Doc terus masukkan ubat buntut sekali lagi. Ada jangkitan kuman kat tekak dia. Kebetulan wad pulak penuh. Nurse tu siap naik atas lagi pergi check kot kot ada bilik kosong. Then, try check Kuantan Specialist kat Alor Akar pun wad penuh jugak. Dah kebetulan musim budak sakit agaknya. Doc bagi banyak jenis ubat jugak untuk dia bertahan dari jadi lebih teruk lagi..Dia suruh aku stay hotel dulu sebab dia kata dh booked wad. So, probably esok boleh check in. Tapi, aku decide balik kemaman jelah sebab mak dgn adik adik pun ada ikut sekali.
On the way balik, singgah kedai makan. Mungkin Allah S.W.T nak menguji aku seketika. Isha terus sihat. Siap berlari-lari keliling meja, nyanyi-nyanyi...makan nasi banyak pulak tu. Anak mama sihat secara tiba-tiba. Aku rasa pelik sangat. Bayangkan daripada lemah tak bermaya...sampai boleh lari-lari dengan pakcik dia. Allah maha besar! Then terus je balik rumah..sampai kat rumah, Isha siap sambunag main. Tidur pun dekat pukul 1 pagi. Husband & mertua sampai pukul 3 pagi dan semua orang tidur mati. tak sedarkan diri sebab kepenatan. Sedar tak sedar masa bangun nak sembahyang subuh. Kesian....diaorang tidur kat beranda....Lucu...lucu.....
Alhamdulillah...Isha pun dah sihat. Keesokan paginya nurse KMC call cakap ada bilik kosong. So, aku booked dulu. Tgk keadaan Isha makin ok, petangnya aku cancel jelah bilik tu. Dugaan yang berakhir tanpa di sangka-sangka....Yang penting jangan cepat panik. Bertindak secara rasional. InsyAllah akan ada jalan penyelesaiannya.
Sunday, July 11, 2010
Upin & Ipin
Anak perempuan sorang ni minat yang teramat fanatik pada Upin & Ipin. Balik rumah je terus tunjuk VCD Upin & Ipin, bangun tidur je terus sebut upin/ipin (biasanya dia akan sebut 'Pin' je). Ada sekali tu dlm pukul 3 pagi dia tak boleh nak tidur, terus kejutkan mama dia suruh buka 'Pin' Dashyat betul penangan kartun malaysia nih. Mmg kalu aku kat rumah dengan dia, takda canlah nak tengok berita ke...movie ke...asyik UPIN & IPIN jek!
Saturday, April 3, 2010
Saya budak baru belajar...
At last, aku decide utk try snap sendiri gambar anak kesayangan aku ni. 'try & error' ler katakan...huhuhu. Aku suka gambar candid dari bergaya ala-ala cun kat depan kamera... sampaikan isha pn dh mcm tak layan je nengokkan mama dia duk pegang kamera jekkkkk.
Saya budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan...kalu cantik...tolong pujikan.... kuangkuangkuang
Wednesday, February 3, 2010
Anak mama dah boleh jalan...
Monday, January 25, 2010
Perkembangan Nur Alisha
1) First word 'ABAH' - 7 bulan
2) Second word 'MAMA' - 9 bulan (Tak aci!)
3) Start makan bubur - 5+ bulan
4) Expect ada ekzema - 3 bulan (Tukar susu Nan HA 1)
5) Tukar susu Nan HA 2 - 11 bulan
6) Tukar susu Nan 2 - 1 tahun 2 bulan (Tgk mcm ok je-just kawal makan)
7) Meniarap - 3+ bulan (21/3/2009) mama ingat sebab ada gambar isha time ni siap dgn date
8) Pandai tgk Tv - 6 bulan
9) Bangun dan berpaut pada sesuatu - 8 bulan
10) Merangkak - 9 bulan
11) Duduk dgn stabil - 8 bulan
12) Tumbuh gigi (4 batang) - 1 tahun 2 bulan
Setakat yang aku catat kat blog ni, Isha still takut nak berjalan. Masa setahun 1 bulan tu dia dah boleh berjalan 7 langkah. But now, may be dia ada jatuh ke masa try nak jalan. So, bila kita pimpin dia, ok je. Lepas je tangan, terus tak nak jalan. Takpalah...sabar je.
Saturday, January 9, 2010
Tonsil
Sunday, November 29, 2009
Dah Setahun?

Anak mama dah setahun? Wawiwu...cepatnya masa berlalu. Sekejap je rasa..Ada rasa gembira, terharu, dan macam-macam lagilah. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit, pagi tu aku mintak tolong mak buatkan pulut kuning skit sebagai tanda kesyukuran. Bawak pegi office jamu kawan-kawan. Tapi tetiba je tengahari isha demam mengejut, Suhu dia 38.9. Mak oiiiiiiiiiii. terkejut aku. Doktor terus suggest untuk masukkan ubat dalam buntut biar cepat kebah pasal panas sgt. Petang masa balik keje tu nampak dh ok skit. Tpi diselangi pulak dengan selsema & batuk. Buntu aku mikirkan pasal dia nampak ok je then tiba-tiba demam kuat. Takut aku. Kata orang may be nak 'beralih tahun', nak besar..mungkin jugak kot. Sebab mengejut sangat jadik. Ngam-ngam masa umur dia cukup setahun.
Kek tu nenek yg sponsor. Kalu ikut aku nk order yg kecik je sbb bkn ramai pn. Tapi dh neneknya nk jugak yang besar, ikut jelah.
Raziq Rafiq... nyum nyum

gelagat isha yg baru je nampak tanda nak tumbuh gigi 4 batang..hahaha
Abah kasik..
Cik Sue kasik..
Nenek ngan mak ngah (jb) kasik
Cik Nik kasik..
Cik ana Kasik
Mama? mama belikan Isha baju satu set yang Isha tgh pakai tu lah..hehehe
Emm. Birthday isha kebetulan sehari sebelum hari raya haji..maka aku tk terasa sgt sambutan raya pasal duk sibuk nk sambut birthday isha. hehehe... Eem...so far seronok sgt. InsyaAllah kalu ada rezeki, panjang umur, tahun depan bleh buat lagi. Amin..
Monday, September 28, 2009
Special for Lil' Isha
I'd daydream of the things we'd share,
I thought of lessons I'd need to share,
Each night I lay you down to sleep,
Through misty eyes,
Tuesday, August 11, 2009
Si cilik Alisha yang semakin hebat..
Gigi tak tumbuh lagi..cuma suka sangat gigit tangan orang kalau dia rasa cam geram..merah jugaklah pasal gusi dh keras..Ini time dia berkemas..segala buku akan dikeluarkan dari meja tu..pastu dia akan masuk kut celah meja tu then meniarap sambil tengok tv dari bawah meja..hahaha
hahaha...dah tak tahan sangat asyik nak memanjat jer..mama letak isha dalam kotak. Senyap sekejap..tapi tahanlah untuk 1 minit..pastu, sambung lagi..
Apapun, isha tetap kesayangan abah dan mama..isha anak yang baik (insyaAllah)..mama & abah selalu mendoakan agar Isha membesar dengan sihat, cerdik & menjadi insan yang berguna kelak..AMIN!
Sunday, July 12, 2009
Cerita pasal BABY CAR SEAT

n tu..apa lagi, aku ajaklah hubby singgah! eemmm...lawa2 jugak baby car seat yg ada kt situ...and harganya lagi murah dari yang kitaorang beli sebelum ni, selesa pun selesa utk isha duduk..fikir punya fikir...terbelilah kitaorang baby car seat yang warna pink ni...hihihi....untung isha, berbaloi jugak kitaorang ulang-alik kuantan walaupun penat!



