Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, May 16, 2016

Lamanya bersawang





Assalamualaikum,
 Tetiba je teringat blog yang dah lama aku tinggalkan. Last entry 2013. Maknanya dh 3 tahun blog ni menyepi. And guess what!! Baby dalam perut ni dah 32 weeks.. Huhu.. Cepatnya masa berlalu. Alisha & Asyraaf dah nak dapat Adik pun. Tapi kandungan ni seperti mana yg sebelum ni jugak. Bermasalah. Huhuhu... Aku redha dengan ketentuan dari Allah yang ESA. Setiap ketentuan Dan perancangannya adalah yang terbaik untuk aku. Kakak Isha dah pun darjah 2. Abg Asyraaf dah masuk Tadika 6 tahun. Alhamdulillah... Keduanya anak cerdik yg mendengar Kata, terang hatinya.. Terima kasih ya Allah.. Dalam dugaan yg banyak Kau berikan padaku, terselit kebahagiaan yang dihantar melalui permata ini. Kadang aku lemah, putus asa. Tapi bila tengok anak-anak, merekalah penguat semangat. Membuat aku terus berjalan mengharungi dengan tabah.

Thursday, January 3, 2013

Wawiwu.... Sungguh padat

Huhuhu...
Tahun baru dimulakan dengan Bismillah....
Padat betul jadual permulaan tahun baru aku ni...
Tak terkejor rasanya...
Pagi, hantar kakak pergi sekolah, balik buat sarapan, kemas rumah...
Then standby barang-barang untuk masak tengahari pulak
Pukul 11.30 dh nak kena kuar amik kakak
Balik, uruskan kakak, masak utk tengahari plak.
Pas masak...rehat jap...pukul 5 ptg dh start jadual business aku sampaiiiiiiiiiiiiiiiiii 11 malam....
Tidur pukul 2 pagi biasanya pas settle smua
Besok nk kena bangun pkl 6 plak....
wawiwu....
Ya Allah... semoga tahun baru ini memberi seribu limpahan rahmat dan rezeki buat kami sekeluarga.
Amin....

Saturday, December 22, 2012

Rezeki...Alhamdulillah

Alhamdulillah...
Rezeki masing-masing telah Allah tentukan
Kadang, bila dilanda masalah yang pelbagai selalunya kita mengeluh dan paling tidak berdiam diri sebab tension.
Aku manusia biasa tak lari dari menjadi begitu. Tapi, setiap dugaan yang mendatang pasti lepas tu akan diiring dengan kebahagiaan yang tak diduga. Itu apa yang aku alamilah...
Dah setahun aku mengabdikan diri menjadi surirumah terhormat untuk suami dan anak-anak...
Dalam menjalankan bisnes online secara sampingan ni, sekarang dh mula membuahkan hasil.
Harapan aku semoga apa yang aku buat ni mendapat keredhaan dari Allah, suami dan keluarga..
InsyaAllah aku akan maju setapak lagi kehadapan pada awal tahun hadapan...-Amin-

Thursday, November 1, 2012

Melangkah ke angka 30!!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi
Kerana sehingga ke saat ini masih dikurniakan nikmat rezeki yang tidak terhingga, suami penyayang, anak-anak yang comel & lincah dan nikmat kesihatan untukku
31 OKTOBER...
Tarikh kelahiran dan keramat untukku
Dah tua yer... hehe... takpalah. Terharu bila suami kata "takpa, walau berapa pun umur ayang, abang tetap sayang"... Alhamdullillah! Semoga kekal begitu untuk selamanya.
Anak yang sulung pun dah petah bercakap. Pagi-pagi lagi abah dia dah bisik suruh cakap "Selamat hari jadi mama"... sambil usung hadiah yang abah dia belikan...hahaha
Apa hadiahnya?
Wait for next entry. Tak sempat lagi nak snap gambar dah pun aku rasmi tadi...

Wednesday, October 3, 2012

Kenapa???????????

Kakak Isha semakin membesar sekarang
Semakin hari semakin curious nak tahu apa saja yang dia nampak, dengar kat sekeliling dia.
Start bangun je, normally dia mesti akan start dengan ayat kenapa....sampailah dia nak tidur malam karang.
"Mama, kenapa dia tidur?"
"Mama, kenapa kartun tu nampak besar?"
"Mama, kenapa mama masak?"
"Mama, kenapa pasir tu ada ulat?"
"Mama, kenapa kena gosok gigi?"
"Mama, kenapa kita pergi sana?"
Dan...................bermacam-macam lagi soalan yang akan bermula dengan kenapa!
Memang bagus sebab bila dia tanya... bermakna otak dia sedang aktif bekerja memikirkan kenapa itu dan kenapa ini.
Tapi, sometimes sampai mamanya tak boleh nak jawab dah...bila kepenatan, mama cam malas nak layan... jadi jawapan yang kakak isha dapat..."mama tak taulah, kakak"
Then, kakak akan jawab "Ohh..."
Bila dah banyak kali dia tanya dan mama jawab tak tau, dia akan kata "Mama ni asyik tak tau je..."
Huhuhuhu...tersentap juga mama ni.
Aku suka tengok perkembangan kakak yang sangat-sangat positif
Bila dia main sendiri, berimaginasi sendiri,
Kalu main dengan Teddy Bear, siap bagi susu...bacakan buku...
Kakak paling suka bila aku bacakan buku untuk dia...seronok sangat
Tapi soalan 'kenapa' berlipat kali gandalah banyaknya....
hahahaha

JA......

Panggilan terbaru dari Asyraaf untuk mama dia.
Anak teruna yang sorang ni agak lambat bercakap..
Mula-mula dulu risau jugak, tapi bila dapat tahu dia mewarisi dari abah dia, aku tkde ler risau sangat
Kata mak, abah dia dulu 3 tahun baru pandai cakap
Asyraaf akan bercakap dengan menggunakan bahasa yang dia sorang je faham
Selebihnya dia akan tunjuk/bagi isyarat tentang sesuatu yang dia hajatkan
Kadang kesian jugak sebabnya bila aku tak faham, aku just ignore lah apa yang dia mintak
Masa tu apa lagi, meraung lah kawan ni coz kita buat dek je kan....
Dulu dia suka sebut 'apuyang'...apa tu yek...aku pun tak tau
Now, dia panggil aku dengan panggilan "JA......
hahaha...apa-apalah dik,asalkan bahagia...
Banyak kerenah anak-anak ni...yang pasti menuntut seribu kesabaran...untuk melahirkan seribu kemanisan & keindahan..

Wednesday, September 26, 2012

Agaknya tempoh bertenang dah tamat ke?

Huhuhuhu...
Apa yang aku tengah fikir pun aku tak pasti...
Lately asyik terfikir nak kerja semula. Pastu mulalah teringat tempat kerja lama.
Alangkah indahnya kalau dapat kembali mcm dulu. Pulak!!!!
Agaknya tempoh bertenang untuk ex working woman dah tamat ke?
Ngam-ngam setahun aku pegang title housewive, then rasa mcm ni dah.
Banyak puncanya dan aku mmg cukup sedar tapi dalam masa yang sama aku pn berat hati kalau nak kerja balik coz pening duk pikir sape nak jaga anak-anak nanti?
Then berbaloi ke? nak bayar pengasuh lagi, expense utk minyak & makan minum bila kerja...last last aku tak dapat apa-apa pun. Cuma kepuasan sebagai wanita berkerjaya je.
2-3 bulan kebelakangan ni tempat kerja hubby tersangat-sangat down & byk problem.
Saperlah tak risau... dia kerja sorang. Even aku buat bisnes pun, tapi ada up & down. bukan bergaji tetap. So now bisnes aku agak terganggu sikit....
Dalam masa yang sama aku kadang rindu nk bercerita ngan kawan-kawan mcm dulu.
Now, i felt a bit lonely without my good friends.
huhuhu.... sedey tau!
Macam mana nk cerita yer... takpalah... ni pun aku rasa mcm nak nangis je... baik pull stop sampai sini je....
tatatititutu