Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, October 3, 2012

JA......

Panggilan terbaru dari Asyraaf untuk mama dia.
Anak teruna yang sorang ni agak lambat bercakap..
Mula-mula dulu risau jugak, tapi bila dapat tahu dia mewarisi dari abah dia, aku tkde ler risau sangat
Kata mak, abah dia dulu 3 tahun baru pandai cakap
Asyraaf akan bercakap dengan menggunakan bahasa yang dia sorang je faham
Selebihnya dia akan tunjuk/bagi isyarat tentang sesuatu yang dia hajatkan
Kadang kesian jugak sebabnya bila aku tak faham, aku just ignore lah apa yang dia mintak
Masa tu apa lagi, meraung lah kawan ni coz kita buat dek je kan....
Dulu dia suka sebut 'apuyang'...apa tu yek...aku pun tak tau
Now, dia panggil aku dengan panggilan "JA......
hahaha...apa-apalah dik,asalkan bahagia...
Banyak kerenah anak-anak ni...yang pasti menuntut seribu kesabaran...untuk melahirkan seribu kemanisan & keindahan..

No comments:

Post a Comment