Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

FKMT Family Day Cemerong Waterfall (30.10.2010)




Kalau diikutkan dengan keadaan aku yang sarat ni, memang dah tak larat nak involve dengan aktiviti macam ni. Tapi, mengenangkan bukan senang nk kumpul mcm ni dgn member-member sporting FKMT, so kena laratkan jugaklah. Punyalah tinggi bukit kat cemerong tu...sampai berpinar-pinar mata aku mcm nak pengsan. Serius tak larat. Hati ni geram je tengok air terjun yang sejuk dn nyaman kt cemerong tu. Janganlah anak dalam perut ni meleleh air liur sebab tak dapat mandi air terjun. Sian dia. Aku tahan je tk dapat mandi. Dapat rendam kaki pun jadilah. Yang isha pulak time abah dia pergi mandi kat tengah-tengah bising nak ikut. Bila abah dia ambik, menjerit pulak takut air. Seronok jugak walaupun ramai staff yang awalnya kata nak datang tapi batang hidung pun tak nampak. Tak kisahlah...yang penting geng-geng yg dapat join ni pun dah cukup enjoy!

Sunday, February 7, 2010

Mandi pantai..

Isha memang suka sangat main air. Kalu ajak dia mandi...bukan main suka lagi, siap jerit yea!yea! sambil angkat tangan. So, abah pun jadi bersemangat nak ajak anak dia ni mandi pantai walaupun anak tu baru setahun lebih. Isha pulak biasalah tak pernah nampak air yang sebanyak tu. So, takutlah dia nak mandi. Tapi mula-mula je............ Isha yang ketakutan...

Abah tengah pujuk Isha...tepuk-tepuk air..

Jalan sambil tengok pasir...pelik agaknya kaki terbenam bila pijak pasir tu

Dan akhirnya, isha dah boleh senyum. Abah pulak sampai nampak gigi. Sukalah tu dapat pujuk isha


Mama pn nak interframe jugak walaupun tak dapat mandi... Mama bahagian ambik gambar dan order makan je. Hehehe...

Monday, January 4, 2010

JB-KL-Bukit Tinggi Resort

Huh! puas hati jugaklah seminggu apply cuti. Boleh spend quality time dengan family. Penat tu takyah cakaplah. Tapi seronok kan.

Tentatif percutian
25/12 - Bertolak ke JB (pagi)
Malamnya ada kenduri kat rumah mak saudara husband
26/12 - Tengok progress rumah kat kangkar pulai
Kenduri kahwin kat kempas
27/12 - Kenduri kahwin kat Kota Tinggi

Malamnya teman hubby main futsal kat larkin
28/12 - Pergi Ulu Tiram umah Cik Idah
Malamnya tidur kat rumah skudai
29/12 - Bertolak ke KL
Stay umah Cik Alias kat TUDM Subang
30/12 - Pergi Ikea, Sogo
Stay umah Cik Nong, Dinner kat 'lupa nama tempat tu' hehe...seafood











31/12 - Pergi umah keluarga angkat hubby kat klang












Aku tak lepaskan peluang makan ikan keli bakar kat ss2 (teringat zaman belajar dulu)
Malamnya, jln-jln kat PStreet
Lepak kat i-city tgk bunga api
01/01 - Bertolak ke Bukit Tinggi





























































fuh....Penat yang seronok.

Sunday, August 23, 2009

Jalan-jalan Zoo

Balik aje dari Team Building...abah sambung cuti 2 hari..punyalah best..apa lagi, jalan-jalan ah. Tak tau nak pegi mana. fikir punya fikir pegi zoo lah. Orang lain dah berzaman pegi zoo yang baru buka ni, aku & family baru jer nk menjengah kat sana. Rasa-rasanya pada aku biasa je kot. Maklumlah baru bukak kan..so banyak lagilah benda yang still under 'construction'. yang nampak cam complete cantik aku rasa air terjun kot..oklah kalu nak ajak family bersantai kat sana mandi manda...cuma cam open skit ler..

Isha tengah ngantuk sebenarnya tu..tapi terpaksalah ikut jugak...layannnnn



Alah...abah buat-buat berani tu...sekali kluar kepala ostrich tu kut lubang pagar..tergezut jugak..

Last-last alisha layan main jongket zirafah ni..barulah anak mama nak senyum. tau ngantuk..balik...balik...

Sunday, June 7, 2009

Balik JB....JB balik...

Huh....

cuti dah habis! tapi nak kena balik JB jugak...Bwk Isha jumpa atuk & nenek. agenda lain...nak settle hal rumah, keje, tengok sedara sakit...lain-lain...saja gatal nak jalan-jalan. balik kali ni first time lalu ikut jalan Segamat..biasa lalu ikut mersing..best jugak sebab boleh tgk-tgk benda baru. Sib baik isha ok je...penat dia main dalam keta...tido.


Ni ha dia bila dah kepenatan...mata pun merenyih je time ambik gamba...tak larat nak posing le tu..



Dah alang-alang balik...pegi ler tengok umah yang sedang giat dibina oleh abang-abang indon.. cepat-cepat siap ye bang...'kata aku dalam hati ler' hehehe..






Walau kepenatan...ronda-ronda tetap termasuk dalam agenda kitaorang...sib baik abah tk kisah kan...

Ni je aku sempat capai...nak capai banyak-banyak...bermakna banyak ler ongkos yg kuar dari purse...'seram'