Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, December 28, 2011

Our Lovely Asyraaf is 1 Year Old Already

Cepatnya masa berlalu

Dh setahun dah umur Muhammad Asyraaf

Mama doakan semoga adik terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik, cerdik, soleh..


Dihari mama post cerita ni, Asyraaf dh boleh jalan dh..makin hebatlah Asyraaf tolong mama kemas rumah nanti..

Friday, December 23, 2011

Masak oh masak...

Since dh jadi surirumah sepenuh masa ni,
hubby rajinlah request masak tu masak ni. Tapi dia takdalah paksa aku buat. Bila dia request, biasanya aku akan diam jek...tapi 1-2 hari lepas tu mesti dapat punya..hehehe..
Dh 3 tahun duduk berjauhan, jadi aku tk berkesempatan nak masakkan utk en.suami yg best best sgt memandangkan aku pn duk ngan family, kadang dia balik pun kitaorang byk makan kat luar jek...selebihnya kat rumah mak yang banyak masak. Mak kurang gemar kalau orang lain yang masak kat umah dia...katanya malas nak kemas balik...huhu


Favourite utama hubby biasanya makanan berasaskan daging...masaklah apa pun asalkan daging...mesti dia selera punya
then, masak lemak...apa-apa yang dimasak guna santan, automatik jadi favourite dia...hrm...



Ni antara yang aku sempat snap!



Ikan Kerapu Masak Stim



Daging Bakar + Sambal Kicap




Nasi Daging Pelangi? ni resepi ciptaan sendiri, maka aku letaklah nama ikut suka...haha. Bangga sebab 3x hubby tambah nasi..sedap katanya




Rebung Masak LemakItalic


Banyak lagi...tapi ni je antara yg aku sempat snap. nak snap byk2 pun nanti blog ni dh bertukar jadi blog masakan..haha..saja je suka-suka buat mengisi masa terluang..



Tuesday, December 20, 2011

Tak pasti apa yang aku rasa?

Banyak sangat yang aku rasa dlm hati & jiwa aku sekarang ni

semuanya bercampur menjadi satu..

Since dh 5 bln aku tk kerja ni, aku dh mula terasa boring, teringat kawan-kawan kt tempat kerja lama, teringat keaktifan aku ke sana ke mari dulu...dn banyak lagilah yang 'ter'nya...

Tapi, dalam masa yang sama aku ok je dengan life sekarang. Everyday, celik je mata ada 2 permata hati dikiri dan kanan aku yang sangat2 perlukan perhatian dari aku terutamanya.

Setiap hari aku akan fikir dn cuba berikan yang terbaik untuk keluarga aku

kadang-kadang je bila aku rasa sunyi...aku mula rasa sedih...yelah, dulu kawan-kawanlah tempat aku bercerita, ber'ngulor', berkongsi pendapat dn segalanya...but now...dh tak macam dulu lagi

kadang bila aku buka fb, tengok kawan-kawan yang aktif posting aktiviti diaorang kat sana..aku rasa cam 'alah, kenapa aku tk ada kat situasi tu..., kenapa aku ketinggalan' tapi dalam masa yg sama aku terfikir kenapa aku mesti fikir macam ni? perlu ke lagi semua tu?

Kadang aku cuba je ignore semua tu...tapi mana aku boleh tipu perasaan aku

Aku adalah aku

aku tk boleh tipu apa yang aku rasa..aku tk nak hipokrit pada diri aku sendiri

yang nyata, aku happy dengan life aku sekarang...dan dalam masa yang sama aku rindu dengan life aku dulu..

Tuhan dh tentukan yang mana terbaik untuk aku. ni jalan yang aku pilih...maka inilah yang terbaikkkk untuk aku....

Redhalah duhai hati...

Friday, December 9, 2011

Perkembangan Asyraaf

Ni mama buat untuk Muhd Asyraaf..

1) First word 'MAMA' - 6 bulan
2) Second word 'ABAH' - 8 bulan
3) Start makan bubur - 4 bulan
4) Expect ada ekzema - 3 bulan (Fully breastfeed, jadi mama kena pantang makan8
7) Meniarap - 3 bulan
9) Bangun dan berpaut pada sesuatu - 7 bulan
9) Merangkak - 9 bulan
10) Duduk dgn stabil - 7+ bulan
11) Tumbuh gigi (1 batang - bawah) - 10 bulan
12) Berdiri lepas tangan - 10 bulan


Apa yang nyata Asyraaf sangat lasak dan tak boleh langsung mama letak barang kat bawah. Adik mesti jadi tukang 'kemas'. biasalah...boy! Satu lagi, apa yang kakak pegang mesti dia nak. Sampai kakak jadi nak marah je dengan dia. Tapi kakak dgn adik mmg ngam, jarang bergaduh. kakak banyak mengalah...sian kakak..biasalah tu.

MZShop

Setelah sekian lama aku berhempas pulas, bersengkang mata untuk menyiapkan segalanya. Alhamdulillah syukur kepadaNya aku berjaya juga menyiapkan blog untuk bisnes sampingan. Saje aku buat ni untuk mengelakkan daripada boring duduk kat rumah dan dalam masa yang sama dapat juga aku mengembangkan minat aku dalam bidang ni walaupun hanya sekadar kecil-kecilan...

Birthday!!!!

Lama tak blogging kat sini, and now aku nk update birthday suami tercinta & alisha yang di sambut sesimple mungkin untuk kami sekeluarga...

Suami tercinta - 27 Oktober 2011

Aku buat simple je... suprisekan suami masa dia balik kerja pukul 11 mlm. Kebetulan masa tu dia kerja shift petang. Aku just masakkan pulut kening dgn rendang ayam dan delivery order domino pizza. Hehehe... Asyraaf tengah demam masa tu. Kesian dia...apa-apa pun, layan..



Me - 31 Oktober 2011

Kebetulan masa tu kat rumah mak mertua sebab hantar rombongan pertunangan adik suami. Hubby senyap-senyap kuar beli KFC. Kek di sponsor oleh adik ipar (merangkap kek nak hantar tunang tak jadi sebab tersalah beli - rezeki...). Oklah tu daripada tak ada. Gambar tak boleh nak upload sebab masa tu aku tengah free hair...


Nur Alisha - 26 November 2011

Kakak isha punya birthday tahun ni mama buat grand sikit jek..jemput keluarga belah suami, makcik & sepupu, termasuklah jiran terdekat. Saje sebab since duduk johor ni kakak cam boring jek coz takda kawan sangat. kesian kat dia. Mama just masak pulut kuning, kari ayam & daging, macaroni goreng & puding masa birthday kakak isha ni.


Next birthday... our lil' asyraaf...coming soon...

Thursday, October 6, 2011

Masa berlalu dengan pantas

Sekejapnya dah masuk bulan Oktober. Macam tak percaya je aku berjaya melalui hari-hari dengan begitu baik sekali.

Melayan kerenah puteri & putera penyeri dalam rumah ni, buat aku macam tak cukup masa jek. Memang penat, tapi dalam masa yang sama seronok dan puas dapat membesarkan anak-anak depan mata dan dengan cara kita sendiri. Kalau tak, separuh cara pengasuh, separuh lagi cara kita...


Asyraaf sekarang makin aktif. Memapah dan berdiri sana sini. Tak lama lagi mesti hero ni sibuk nak panjat sana sini pulak.


Kakak Alisha pulak makin keletah mulutnya. Everytime bila keluar rumah jek sibuk suruh hantar dia ke sekolah. Kadang kalau balik rumah muka dia sedih sangat. Ayat dia mesti "kenapa mama tak hantar kakak pergi sekolah...kakak nak pergi sekolah' Adui ya, awak tu baru nak masuk 3 tahun. Sabar le dulu anak mama yer...Ni aku dh start surveykan tadika mana nak hantar dia next year. Kat belakang rumah ni ada satu baru bukak. Tapi mcm mahal jek yuran bulanan dia. Aku bukannya apa, baru nak hantar utk kemasukan 4 tahun, kalau boleh takyahlah demand sgt. Kat depan rumah ni skit pun ada jugak. Tapi harganya mak ai... lagi berlipat kali ganda mahalnya.


Ok, tutup cerita pasal sekolah...bukak cerita aktiviti ter 'busy' aku sekarang ni. Now aku tgh sibuk siapkan blog untuk business online aku. Dulu, aku fikir, bila aku resign, may be aku akan boring dan duduk jek kat rumah. Tapi Alhamdulillah rupanya tak. Everyday ada je perkara yang aku nak buat. Kalu tak kuat semangat, mungkin impian dan minat aku ni akan terkubur macam tu jek.Yelah, semua kerja aku boleh buat dgn tenang once semua anak-anak dah tidur. So, 12 mlm ke atas barulah aku boleh start. Mata pulak masa tu mcm tak berapa nak celik jek...Dugaan .. Bukan senang nak senang dan tak susah nak susah.


InsyaAllah....mudah mudahan berjaya! kita ni hanya merancang...Tuhan yang menentukan...

Saturday, August 27, 2011

Genap Sebulan

Genap sebulan diriku berubah title kepada 'fully housewife'
Last week masa aku singgah ke tempat kerja lama...atas urusan 'business' hehehe...
ada 2-3 orang kawan-kawan yang bertanya, 'how's life now?
huhu....genting sebenarnya nak jawab soalan tu. May be sebab baru hampir sebulan kot aku pegang 'jawatan' baru ni.
Jauh disudut hati, aku rindukan kehidupan masa bergembira suka dan duka bersama kawan-kawan dulu. Kenapa aku susah sangat nak buang semua memori tu? nama pun memori..mestilah untuk dikenang. Apalah aku ni.

Apa yang paling aku ingat dan susah nak lupa?
1) Aku antara orang terawal yang sampai opis (bukan nak menunjuk, cuma itu antara rutin yang aku selalu teringat bila bangun pagi kat rumah sekarang ni)
2) Aku suka mengusik kawan-kawan yang mudah bergurau dan sukar terasa hati cam menyakat fizi, tamizan,shah. Dalam masa yang sama ada jugak member yang suka menyakat aku - din, saiful, zurairi, akhyari...
3) End of the month - rutin aku mintak duit fakulti. Saper yang masuk opis mesti kena punya..haha
4) Lepak kat sofa opis - bergosip, makan 'colek', lepak lepak
5) My bestfriends - sue,nik,ana,k.nurul,siti,arm,yatie...miss u so much!

Sungguh pun begitu, semuanya dah tinggal memori. Tapi, persahabatan antara kami tetap kekal
untuk selama-lamanya. Aku happy dengan hidup aku sekarang ni. Menguruskan rumahtangga untuk suami & anak-anak. Even sometimes kenangan tu semua datang bila aku terasa boring, nak bersembang dn berkongsi cerita ngan kawan-kawan... Aku just keep it inside my heart dan belajar untuk menerima ketentuan dariNya. Hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk aku.

Sunday, July 17, 2011

Adakah ini antara keputusan terbaik yang pernah aku buat dalam hidup?

Soalan yang besar berlegar-legar dalam kepala aku.
ADAKAH INI ANTARA KEPUTUSAN TERBAIK YANG PERNAH AKU BUAT DALAM HIDUP?

3 tahun aku ambil masa sebelum betul-betul aku buat keputusan untuk hantar surat resign pada 26 Jun 2011 yang lalu. Bukan senang aku nak ambil keputusan ni. Aku sayang kerja aku, sayang kawan-kawan sekerja, sayang dengan peluang yang ada, sayang dengan pengalaman yang aku lalui, dan sayang dengan segalanya yang aku ada disini.

Tapi, setiap hari, bila aku pandang anak-anak....mereka semakin membesar. Anak-anak jadi terbiasa dengan ketiadaan abah mereka disisi. Bila abah balik mereka suka...tapi bila abah pergi, macam tak kisah pun. Segalanya mama dalam hidup mereka. Kadang aku kagum dengan ketabahan suami yang sanggup sabar dengan keputusan aku yang masih berkeras nak kerja dan berjauhan dengan dia. Walaupun dia semakin jauh hati dengan sikap anak-anak pada dia. Mana taknya, anak-anak lagi senang ikut pengasuh daripada ikut abahnya sendiri...sedih bila tengok situasi tu.

Aku? kenapa aku boleh jadi setabah ini? Aku pun tak tahu dari mana aku dapat kekuatan ni. Mungkin sebab anak-anak ada bersama aku. Jadi, anak-anaklah kekuatan aku. Kadang aku sedih, tension, penat...anak-anaklah yang menceriakan aku. Tapi persoalannya sampai bila? Aku selalu fikir, kalau aku rasa susah, ada lagi orang yang lebih susah dari aku. Kalau aku tak kuat, aku tak akan dapat dugaan ni.

Alhamdulillah...berkat kesabaran dan doa suami, aku berjaya juga buat keputusan ni. Ada orang mencemuh aku, tak setuju dengan keputusan aku, ada yang kata keputusan aku yang paling salah. Tapi, hati kecil aku kata 'pedulikan mereka. mereka tahu ke apa yang aku lalui?'
Tapi dalam pada tu, ramai kawan-kawan yang sokong 100% aku ambil keputusan ni. Yelah, memang sedih bila dh tak dapat jumpa macam dulu. Tapi, sebetulnya keluarga adalah keutamaan selepas hidup berumah tangga. Rezeki insyaAllah ada. niat yang betul insyaAllah dipermudahkan...-amin-

Lama tak berBlog

Wah.........
lamanya tak update blog!
Terlalu sibuk dengan kerja seharian sampai tak sempat nak capai bahagian ni. hehehe...
So, kat sini nak update apa yg aku dh buat sepanjang tak berBlog ni!

Bulan Mei, bawak kakak & adik jalan-jalan kat Berjaya Times Square. Ingat nak pergi Aquaria, aku pulak takut ular. Nak pergi Sunway Lagoon, adik pulak kecik lagi. At last kat situlah tempat paling sesuai boleh pergi....



Adik tidur....cian adik....
kakak wif mama
kakak dah pandai posing
kakak dh penat!





Balik Jumpa Nyang Ki

Suka betul nyang ki kalau dapat jumpa dua orang cicit dia ni....senyum melebar


Kakak dapat hadiah dari Cik Su


Cik Su kata, nanti kalau mama dh nak 'resign', dh susah nak jumpa kakak...sedihnya statement tu...huhu




Birthday Acu & Pak Ucu

Pak Ucu, Kakak & Acu. Seperti Upin, Mei Mei & Ipin....

Tuesday, May 3, 2011

Membebel atau Mendiamkan diri?

Bukan niat untuk membuka kisah kehidupan rumahtangga. Cuma sekadar coretan untuk dikongsi bersama.

Sabtu lepas, masa aku ngan suami dalam kereta on the way ke kuantan, tiba-tiba terkeluar topik perempuan yang suka membebel/berleter. So, of course masing-masing akan cuba menangkan gender masing-masing. Husband kata, kadang kalau dah sifat perempuan tu memang suka berleter, akhirnya akan menyebabkan suami tu malas nak cakap banyak dan lebih mendiamkan diri. Then, aku jawab... kalau tak nak isteri berleter, kenalah sama-sama menjaga kebersihan rumah, kemaskan apa yang patut, kesimpulannya...'ringan tulang' untuk membantu isteri menguruskan rumah tangga. Kalau isteri sorang je yang sibuk mandikan anak, memasak, kemas rumah, tidurkan anak... sedangkan suami duduk depan TV tengok citer best, layan game... ataupun tidur...mestilah isteri akan mula membuka mulut untuk berleter sebagai tanda protes kerana penat mengerjakan perihal rumah sorang diri sedangkan bukan ke tanggungjawab tersebut harus dipikul bersama.

Suami aku ada kata.. kadang suami ni bukannya tak nak tolong isteri, cuma bila ada perkara yang ditolong tu tidak memuaskan hati si isteri, isteri pun tetap akan merungut dan berleter... jadi jalan yang terbaik ialah duduk diam dan jangan tolong apa-apa.. Aku akui kata-kata suami aku tu. Sebab kadang aku pun macam tu juga (tapi tidaklah selalu). Peringatan untuk kaum isteri, kalau suami kita dah ringan tulang nak tolong tu, sepatutnya kita memuji dia..masakkan yang sedap, dan apa-apa yang bersesuaianlah. insyaAllah suami secara automatik akan menjadi 'ringan tulang' untuk membantu isteri dalam banyak perkara. Apa yang aku biasa dengar.....isteri mesti akan kata 'alah...pandai ke buat tu? jap lagi tunggang langgang semua benda' (*Peringatan untuk diri sendiri). So, automatik suami jadi malas dah nak tolong kita.

Aku bukalah satu cerita kat suami aku... dulu masa aku sewa rumah bujang ngan kawan-kawan kat johor, tuan rumah aku ni dia serahkan rumah yang kitaorang sewa tu kat anak perempuan dia yang 2 orang ni. Satu tu dah kahwin dan ada 2 orang anak tapi dah pun bercerai, satu lagi masih bujang. So, satu hari tu akak yang dah berkahwin tu dia cerita kat aku & the geng tentang macam mana dia dan suami boleh bercerai. Kitaorang takda tanya pun, tapi dia yang nak cerita. So, tadah jelah telinga mendengar cerita dia tu. So, dia kata...ex-suami dia ni dulu kalau balik kerja, bukak baju then letak je kat mana-mana yang dia suka walaupun akak tu dah sediakan bakul untuk letak baju kotor...lepas tu lepak kat depan TV macam raja. Mula-mula akak tu tegur elok lagi...tapi lama-kelamaan suami dia takda inisiatif untuk berubah dan tetap macam tu. Jadi...ada satu hari tu, suami dia balik kerja dan macam biasa letak baju kerja kat atas sofa...seluar atas lantai... Akak ni dah naik angin, terus gumpal baju dia tadi dan lempar ke laman rumah. Masa tu tengah hujan. Pastu suami ni pergi ambik balik lalu terjadilah pergaduhan yang besar. Akak tu kata itulah punca mereka bercerai. Hurm.....my husband terdiam masa aku cerita tu, pas tu dia kata "kenapa sampai macam tu? patutnya cakap jelah...ini sampai bercerai berai!" Ha.... ini bermakna berleter itu adalah lebih baik daripada membuat perkara yang macam tu. Yelah...sampai boleh bercerai. Teruk kan? Suami aku kata...oh kenakan abang yer? takdalah... sekadar bercerita untuk bersama-sama kita fikirkan dan muhasabah diri.

Sunday, April 17, 2011

Langkah baru bermula

Alhamdulillah

InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan urusan aku untuk mengusahakan perniagaan kecil-kecilan ini. Langkah ini baru bermula dan semoga permulaan ini menjanjikan kejayaan.
Terima kasih untuk suami yang banyak memberi sokongan dalam usaha aku menjayakan cita-cita.
Buat Alisha & Asyraaf, mama sayang sangat korang semua.

Sunday, April 3, 2011

Asyraaf kena Ekzema !

Aku memang ada ekzema masa kecik dulu, cuma semakin besar ekzema tu semakin hilang dengan sendirinya. So, masa Isha dulu, dia kena jugak ekzema tapi tak teruk sangat coz aku cepat-cepat tukar susu NAN HA (Hipoallergenik). Cuma sekali sekala je kalu isha salah makan, kulit dia akan merah sekejap.

Tapi Asyraaf agak teruk jugak. Masa pergi check up kat klinik biasa, disebabkan aku breastfeed, doc ada bagi ubat dan suruh aku pantang makan seafood, ayam, daging, susu lembu. So, memang aku cukup jaga pemakanan aku. Tapi lama kelamaan aku tengok keadaan asyraaf macam takda perubahan dan makin teruk. Then decide dengan husband nak bawak pergi ke klinik pakar kulit kat K. Trg. Doc tu bagi penerangan yang agak detail tentang apa yang aku tak boleh makan which is : Udang, Sotong, Ketam, Kerang, Ikan Tongkol, Telur, Budu, Belacan ( 8 jenis). Selain daripada tu, semua aku boleh bedal...so, selama ni yang aku berpantang ayam dgn daging tu sebenarnya tak ada apa-apa pun. Other than that, aku kena cuba elakkan asyraaf daripada menggaru, suhu tak boleh terlalu sejuk (kulit kering) dan tak boleh terlalu panas (kulit merah) dan anak yang ada penyakit ekzema ni tak boleh pakai sabun medicated. Hanya boleh pakai sabun biasa (seperti johnson baby) ataupun aques cream (dekat klinik kerajaan biasa supply).

Alhamdulillah, dengan ubat yang doktor tu bagi, sehari selepas tu, asyraaf dah tak menggaru bila aku buka baju & seluar dia. Biasanya dia akan menggaru sampai berdarah. Now, tone kulit dia still bercampur-campur lagi. Cuma, kulit yang selama ni kering sangat-sangat dah pun nampak perubahan yang positif. Kerak kat kepala dia pun dah tinggal sikit je lagi. Doc kata, dalam seminggu je, kulit dia akan clear sepenuhnya. So, wait & see.

Doc pun ada kata, better kena dari kecik sebab biasanya bila umur dia dalam 5-7 tahun, ekzema ini akan pulih sepenuhnya (mcm aku). Kalu bila dah besar baru start kena, memang biasanya tak akan pulih dan kena bergantung pada ubat selamanya.


Asyraaf garu lengan dia sampai berdarah


Tone kulit yang tak sekata

Asyraaf dah boleh meniarap




Alhamdulillah....

Genap usia Asyraaf 3 bulan, dia dah boleh meniarap. Tapi belum boleh angkat kepala. Seminggu selepas tu, dia dah boleh angkat kepala. Masa kakak isha dulu, 3 bulan stengah baru boleh meniarap. Agak lambat juga nak boleh angkat kepala. Asyraaf advance skit...lelakilah katakan! Takpa...yang penting dua-dua anak mama membesar dengan sihat dan mudah-mudahan menjadi anak yang baik...-Amin-


Monday, March 14, 2011

Fully Breastfeed...Alhamdulillah

Kalau dari awal kita dah berniat, insyaAllah akan diberi kemudahan dan petunjuk jalan. Masa bersalinkan Alisha dulu, aku sgt-sgt frust sebab tak dapat BF sepenuhnya. Susu memang banyak, cuma sebab ada sekali tu terpaksa bagi dia susu botol lepas aku kena warded sebab kena 'blood patch' - side effect dari cucuk epidural masa caeserean. Lepas isha dah kenal botol susu, terus dia tak nak BF. Sedih sangat....At last aku terpaksa lupakan niat untuk BF isha. Susu pun kering dengan sendirinya...

Masa aku mengandungkan Asyraaf, susu dah start keluar since pregnant 4 bulan yang menguatkan lagi semangat aku untuk fully BF nanti. Sebelum bersalin tu aku dah beli siap-siap Spectra Handy Manual Pump sebagai persiapan kalau-kalau aku dapat fully BF Asyraaf. Alhamdulillah...susu memang banyak. Aku dapat fully BF dia since dia lahir sampailah sekarang. Dari segi cara-cara untuk fully BF bagi ibu yang bekerja tu banyak aku tanya pada kawan-kawan dan buat research kat internet. Alhamdulillah... sekarang ni dah dekat sebulan aku bekerja dan masih dapat fully BF utk Asyraaf. Kalau nak dikatakan penat tu memanglah...tapi dalam masa yang sama rasa seronok bila dapat bekalkan susu sendiri untuk keperluan anak instead of bagi susu formula. Lagi satu, macam satu pengalaman baru yang mencabar bagi ibu yang bekerja...


Ni routine harian aku untuk bekalan Asyraaf ke rumah pengasuh:



Biasanya malam sebelum tidur tu aku akan keluarkan stok susu dari peti sejuk beku dan masukkan ke dalam besen kecil, letak botol berisi susu dan letak air sikit. Then, pindahkan ke bahagian sejuk yang biasa.

Sebaik bangun pagi, aku akan keluarkan susu yang aku rendam malamnya untuk di 'transfer' ke dalam botol.

Ni susu yang dah siap di 'transfer' ke dalam setiap botol ikut sukatan keperluan Asyraaf bagi sekali minum. Sebelum tu, aku dah goncang dulu untuk ratakan lemak susu dengan air.

After that aku akan label setiap botol tersebut dengan nombor mengikut susunan dari susu yang terawal aku pam hingga susu yang paling terbaru supaya senang pengasuh nak ambik bila nak bagi Asyraaf.


Taraa....susu yang dah ready untuk dibawa ke rumah pengasuh...

TQ ALLAH...

Alisha dah berhenti minum susu...

Alhamdulillah...
Genap 2 tahun 3 bulan umur Alisha, dia dah stop minum susu botol. Syukur sangat sebab mudah yang teramat dia nak stop. Aku memang plan nak stop bagi dia minum susu botol, tapi ramai kawan-kawan cakap tak payah dulu sebab kesian dia kecik lagi. So, aku pun tak fikir sangatlah. Tapi aku mula perasan Isha dah start kurang minum susu sejak aku balik Kemaman after habis pantang kat JB. Mula-mula tu dia mintak time siang sekali je....then time nak tidur dia akan mintak lagi sekali. Selang beberapa hari...dia mintak time nak tidur je. Pastu selang beberapa hari lagi, terus dia tak mintak dah. Tapi aku ada beli air chrysanthemum, air soya, air milo, ducth lady kids... so, bila dia cakap nak susu aku akan kata susu dah habis, 'kakak minum air ni dulu, nanti mama keluar pegi beli susu ok'. Isha ni jenis tak banyak kerenah, dia cuma jawab 'em' dan minum je air yang aku bagi tu. Lama kelamaan dia jadi lupa dan sampailah sekarang dia terus dah takda mintak lagi.
Syukur sangat-sangat sebab aku berjaya buat isha stop susu tanpa perlu bersusah payah. Dulu aku selalu bayangkan terpaksa tukar puting botol ke, sapu apa-apa yang tak best kat puting ke untuk stopkan isha dari minum susu...risau jugak masa tu...tapi Alhamdulillah anak yang baik ni selalu buat hati mama terharu dengan sikap memahaminya....cayang kakak....

Tuesday, February 22, 2011

Muhammad Asyraaf bin Mohd Norazan


Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dikurniakan limpahan rezeki yang tak terhingga. Muhammad Asyraaf lahir tepat jam 5.17pm pada 21 Disember 2010 @ 4.25kg. Lewat seminggu dari jangkaan doktor iaitu pada 14 Disember 2010 (Birthday mak).
Pengalaman kali ni agak lain sikit daripada semasa melahirkan Nur Alisha dulu walaupun kedua-duanya caeserean.
Tepat 6.30 pagi aku dimasukkan ke labour room memandangkan jalan sudah terbuka 3 cm. Masa dalam labour room tu, doc scan dan kata baby aku agak besar. So, agak berisiko utk melahirkan secara normal memandangkan aku ada previous scar semasa melahirkan Alisha dulu. Doc yang pertama scan dapat 3.8kg, doc kedua dapat 4.3kg dan doc ketiga dapat 3.8kg. Doc kata kalau below 4 mungkin boleh bersalin normal. Cuma kalu betul jangkaan 4.3kg tu, agak berisiko sama ada parut lama terbuka semula atau bahu baby akan tersangkut semasa nak dikeluarkan. Tapi, aku tetap nak cuba untuk bersalin normal dan doc pun beri peluang pada aku selama 8 jam saja. Alhamdulillah semua doc dan staff yang bertugas sepanjang aku berada di labour room tu semuanya peramah, mudah senyum dan baik-baik semuanya. Takda seorang pun staff yang bermasalah sepanjang aku kat situ. Husband pun dibenarkan on/off masuk sepanjang aku kat labour room.

Setiap jam, doc datang check jalan, cuma terbuka setakat 4 cm je. Pukul 11am, doc masukkan ubat. aku tak rasa sakit. So, dos ubat terpaksa di tambah. Pukul 1pm baru aku start rasa contraction. Sampailah pukul 2 jalan still terbuka 4 cm je. Aku mintak doc bagi masa sikit lagi memandangkan aku baru je rasa sakit. Harapan aku mungkin jalan akan terbuka kalu sakit makin kerap. Doc stuju tambah masa lagi 2 jam. Tapi nak buat macam mana... jalan still static pada 4 cm jek. So, on the spot aku di siapkan untuk ke dewan bedah. Tuhan je yang tahu perasaan masa tu. Even dah ada pengalaman sebelum ni pun, aku dah membayangkan keperitan masa selepas bersalinkan isha dulu. Tepat pukul 5.17pm lahirlah puteraku MUHAMMAD ASYRAAF dengan berat seperti yang dijangkan iaitu 4.25kg.

Aku agak 'down' pada mulanya sebab kalau kali ni pun caeser, anak cuma dapat tambah lagi seorang je. Doc ada nasihatkan aku, anak berapa orang tu, bukan kita yang tentukan. Yang penting kita berserah saja pada Qada' dan Qadar. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Lepas Asyraaf lahir, barulah aku tersedar dan bersyukur sangat2 kerana dikurniakan rezeki seorang lagi anak. Bayangkan orang lain yang diberi dugaan tiada anak. Macam manalah perasaan diaorang. Suami pun banyak beri sokongan bila tengok aku sedih. Alhamdulillah Ya Allah! Aku hanya hamba yang lemah.

Satu pengajaran yang amat bermakna aku dapat ialah...walau apa pun yang kita rancang dan inginkan, siapalah kita untuk menentang ketentuan dari Allah S.W.T. Percaya kepada qada' dan qadar. Redha...