Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, September 5, 2010

Lagi 4 hari je

Wah... cepat betul masa berlalu. Jumaat ni dah nak raya. Seronoknya tahun ni dapat beraya ngan suami, anak dan bakal anak dalam perut yang sangat-sangat aktif menendang setiap hari. Yang bestnya jugak pasal angah pn ada sama beraya tahun ni. Jadi lengkaplah kami satu keluarga. tahun ni pun nak beraya kat homestay ayah kat losong yang dah pun siap secara rasminya. So, dah berapa tahun pun aku dah lupa beraya kat k.trg. Selama ni raya kat kemaman dulu, then lepas sembahyang raya baru bertolak balik ke k.trg. Malam baru sampai rumah tok'ki sebab banyak sangat persinggahan..

Persiapan raya kali ni lebihkan utk suami dan anak jelah. Aku pn tgh keadaan mcm gini, takda nk membeli baju sakan sgt sebab sekejap je boleh pakai. Beli kuih raya pn letak kat umah mak je. Rumah aku sapelah yang nak datang...hehehe. Ish bilalah nak merasa persiapan raya utk rumah sendiri ni....iskiskisk!

Monday, August 23, 2010

Puasa oh Puasa...

Dugaan di bulan puasa. Satu badan angin... dah banyak hari jugak aku 'ponteng puasa' sebab muntah tak berhenti sampai asid naik ke atas. Jadi gastrik pulak aku. Macam mana yer... sayangnya nak tinggal puasa. Mengenangkan malas nak ganti nanti tu. Tapi bak kata doktor, kalau memudaratkan jangan dipaksa. Alhamdulillah setakat ni kalau aku muntah /lapar seteruk mana pun, anak masih aktif. Jadi takdalah aku rungsing sangat. Hari ni dah pun hari ke 14 umat islam berpuasa. Aku dah 4 hari tinggal puasa setakat ni. Ya Allah kuatkanlah semangat aku. -amin-

Sunday, August 1, 2010

DUGAAN

Hidup kalau takda dugaan...memang bukan hidup namanya. (kata oranglah). Tapi, kadang-kadang rasa macam tk tertahan dah nak tanggung semua dugaan dariNya...Walau apapun hidup tetap perlu diteruskan.
Buat masa ni aku pening sangat nak buat decision dalam hidup. Aku sayang dengan kerja aku sekarang. Dengan kawan-kawan pn ok, tapi at the same time bukanlah satu benda yang menggembirakan bila terpaksa berjauhan dengan suami. Beban ni rasa makin bertambah dengan bakal kehadiran orang baru dlm hidup aku. Bukanlah maksud aku kehadiran orang baru ni membebankan...cuma masalah ni yang membebankan. Aku masih tak dapat nak buat keputusan dengan rasional lagi jalan mana yang mesti aku pilih.
Kadang-kadang aku rasa aku nak quit dan balik duduk dengan husband. Kadang-kadang aku rasa belum bersedia nak quit dari kerja kat sini. Tapi, mampu ke aku jaga kedua-duanya seorang diri? Kuat ke aku? Aku terfikir yang aku ni tidaklah sekuat itu.
Tengoklah jalan mana yang aku akan pilih. Semoga Allah S.W.T mempermudahkan jalan kehidupan aku ini. amin...

Sunday, July 11, 2010

Upin & Ipin

Anak perempuan sorang ni minat yang teramat fanatik pada Upin & Ipin. Balik rumah je terus tunjuk VCD Upin & Ipin, bangun tidur je terus sebut upin/ipin (biasanya dia akan sebut 'Pin' je). Ada sekali tu dlm pukul 3 pagi dia tak boleh nak tidur, terus kejutkan mama dia suruh buka 'Pin' Dashyat betul penangan kartun malaysia nih. Mmg kalu aku kat rumah dengan dia, takda canlah nak tengok berita ke...movie ke...asyik UPIN & IPIN jek!

Monday, June 28, 2010

Bercuti panjang!!!!

Sebulan aku bercuti memandangkan tak larat sesangat nak beri komitmen pada kerja. Alahan kali ni rasa ok sikit dari yang dulu. Mungkin sebab dah ada pengalaman, so aku dah tau serba sedikit cara nak mengatasinya. Apa yang lain cuma kali ni aku tak boleh nak makan nasi putih, asyik nak minum ais..pagi-pagi dah minum air sejuk, kalu makan ayam macam cepat muak. Yang lain rasanya sama jer. Then, apa yang banyak membantu aku rasa sebab aku dah jumpa ubat yang sesuai kali ni. 'VELOXIN' (Ubat tahan muntah). Aku telan sebiji je pagi masa lepas breakfast. Tahan sampai pagi besoknya. Kalu dulu makan ubat tahan muntah yang biasa jek. Jadi utk sehari 2-3 kali aku kena telan. Cukup 2 bulan setengah usia kandungan, aku try stop makan ubat tu. Alhamdulillah ok. Cuma lepas tu adalah beberapa kali aku muntah. Tapi under control lah. Ni dah 4 bulan alahan tu pun dah beransur takda. Lega dah berjaya melalui fasa genting tu. Orang yang biasa alahan teruk taulah macam mana. Makanan yang dulu aku tak boleh makan semuanya aku dah boleh telan dah...Hehehe...Apa yang lebih penting...'Miracle in progress' ni sihat membesar...Amin-

Wednesday, April 14, 2010

Petambahan ahli keluarga baru

Alhamdulillah..... rezeki yang diberi anugerah yang tidak ternilai...

Saturday, April 3, 2010

Saya budak baru belajar...











Mula-mula aku nak upah photographer untuk buat shoot Nur Alisha nih. Survey punya survey, sekali staff GMK offer kat aku suruh guna je kamera yang dh sedia ada kt diaorang. Then, edit jelah (kata diaorang). Rancang punya rancang... bila nak shoot je, bebudak ni busy... ada yg nak balik lah... ada yg nak gi kl lah... dn mcam macam lagilah. Hampeh tul!

At last, aku decide utk try snap sendiri gambar anak kesayangan aku ni. 'try & error' ler katakan...huhuhu. Aku suka gambar candid dari bergaya ala-ala cun kat depan kamera... sampaikan isha pn dh mcm tak layan je nengokkan mama dia duk pegang kamera jekkkkk.

Saya budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan...kalu cantik...tolong pujikan.... kuangkuangkuang