Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, May 31, 2012

Lama Menyepi...

Kesibukan dengan pelbagai rutin seharian menyebabkan aku lama meninggalkan laman blog ni. Sampai dah naik sawang. Ngehngehngeh...
Dulu, masa nak berhenti keje, punyalah aku pening dan risau memikirkan kalau-kalau aku akan boring dan menangis kat rumah. Tapi, lain jadinya pulak. Tunggang terbalik 360 darjah. Sampai kain menambun kadang nak tunggu aku lipat. Teruk tak teruk aku ni.
Tapi, aku bersyukur sangat dengan life aku sekarang. Bahagia membesarkan anak-anak bersama suami tercinta. Susah senang hadapi sama-sama.
Business? Alhamdulillah ke hadrat Illahi atas segala hikmah yang diberikan olehNya. Semakin hari perkembangan bidang baru yang aku ceburi ni semakin menunjukkan respon yang sangat positif. Bila aku buntu...pasti ada penyelesaian yang sangat melegakan dan kadang diluar jangkaan aku sendiri. Walau kadang tak cukup tidur, penat teramat sangat, tapi aku puas hati dengan apa yang aku lalui sekarang.
Anak-anak semakin hari semakin banyak perangai yang sangat2 menghiburkan hati aku walaupun adakalanya aku dah macam tarzan kat rumah menjerit sana sini. Sib baik jiran sebelah menyebelah kerja semuanya...kalau tak ada juga yang kena sound. Hahahaha...
Alisha sekarang ni kuat betul makan. Pukul 12 aku kena make sure dah siap masak coz anytime dia akan mintak nasi. Sekarang dah pandai jaga adik. Dh besar sikit...sibuk mintak suruh hantar sekolah...tahun depan ye kakak. Asyraaf pulak sibuk panjat sana sini...geram betul aku tengokkan..manalah kepala tu tak benjol kalau asyik jatuh jek. Paling suka main ngan air pastu bila naik nak pakai pampers je. Baju ngan seluar tak nak pakai. Dah macam apalah...
Seronok!Seronok!Seronok!


No comments:

Post a Comment