Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 24, 2009

Banjir punyer citer..

Al kisah...
Sekarang ni kan musim tengkujuh, makanya kat kemaman ni dah lama dh tk naik air. tapi this year cam ada potensi nak banjir. Kisah ni berlaku pada 20 November 2009 (Jumaat)...kuang kuang kuang...hahahaha
Pagi tu bangun cam biasa dan memang nampak cuaca cam mendung tapi aku buat biasa je...dlm pukul 11 hujan dh start turun lebat. Lebat sangat sangat. Pkl 12.30 tgh, aku pn masak nasi, kluarkan ikan dri peti ais nak masak. Isha tgh tido masa tu. Bukak tingkap belakang nampak air dh penuh dlm longkang. ok lagi masa tu. Pastu norul plak take over keje masak memasak ni. Skali dia buka pintu belakang nk buang sampah, uish tergezut tgk air dlm 2 inci lg nak masuk bahagian dapur rumah. Aku dh panik. tapi norul still relax...dia kata dia dh biasa hadapi banjir. Tapi aku ni rasa berdebar sgt2 sebab aku tk pernah kena banjir. Lepas mkn tgh...main ngan isha jap. Pastu dlm pkl 3.30 Isha tidur balik.
Aku tk senang duduk. Kluar tgk kat bahagian depan umah, masa tu tayar keta dh separuh tenggelam ngan air.Aku pn rasa cam dh takut skit. Pastu nampak ramai org dh start kuar rumah kluarkan keta letak kt tempat tinggi skit. Then apa lagi, aku pn buat benda yg samalah. Pastu, yg makin terkejut, rupa-rupanya rumah barisan depan paras air dh sampai lutut. Dn aku pn masa jln kaki nk balik umah pas parking keta tu, air dh paras keting dh...Aku dh cemas skit. Sampai umah, call ayah suruh datang ambik isha pasal nk standby kalu betul betul banjir, senang aku nk angkut barang. Ayah call a few minutes later ckp jln kat depan sunway dh kena tutup pasal air naik. Then ayah ambik jln ikut bandar. Ayah sampai je, terus aku transfer isha suruh bawak balik. Pastu, siap bagi kunci keta kt adik aku suruh bawak keta balik skali coz takut keta tenggelam kang susah plak. aku makin panik bila ayah kata cepat berkemas. dlm masa 1 jam lg may be air akan naik dn banjir kt sini.
Apa lagi...aku dh panik, dn turut mem'panik' kan kawan aku si Norul ni. Dia pn dari duduk relax ikut aku berkemas skali. Aku dh lipat toto, karpet, bantal..letak kt tempat tinggi skit. Pastu, aku nampak norul relaks. Norul kata, rasanya ok lagi ni pasal kalu air dh naik kt depan porch baru nk start kemas. HAHAHA.... Aku rasa nk ketawa plak bila tengok smua barang aku dh lipat. Tinggal baju je blm transfer dlm beg...hahahaha. Aku panik sgt smpai tk perasan smua yg aku buat. Bayangkan..si Yana (Housemate sorang lagi) dia kebetulan kat kl masa tu. Siap call kawan dia suruh bawak lori nak angkut barang. hahaha..berdekah-dekah ketawa masa kawan dia sampai umah.
Petang siap kitaorg kuar lg pg beli lauk kt binjai..Anak pn di transfer balik pada aku dimlm harinya. Angkut smula pampers dn baju anak yang boleh dikatakan banyak gila aku dh packing hantar ke umah mak..hahaha
-BIASALAH...TK PERNAH HADAPAI BANJIR-

Saturday, November 14, 2009

~Weekend~

Huhu...minggu ni abah balik. Petang after aku balik keje tu, bwk isha pg jln-jln kat taman permainan..dia demam sebenarnya...demam mengejut! tapi biasalah isha ni jenis yg tak merengek..dalam pada demam tu ketawa juga anak bertuah ni bila ajak main.After balik dari taman permainan tu singgah pasar malam jap, then terus balik umah. Risau jugak coz badan dia makin panas kan...aku tak bagi dia pakai baju. just pakai pampers je. tup tap dlm pkl 10 lebih tu dia nampak makin ok. Badan pn dh tk brapa panas. Main pn makin aktif. Alhamdulillah...nilah yang dinamakan demam 'koboi'.

Besoknya, aku pn rasa mcm malas nk pegi mana-mana. Just duduk umah jelah. Lagipn cuaca tk menentu sekarang ni..So, mulalah dlm kepala duk mikir nk masak apalah hari ni..huhuhu. Disebabkan favourite hubby masakan yg berasaskan daging, so fikir duk fikir nilah hasilnya..
Daging masak 'black pepperDaging Bakar cecah sambal kicap hehe...petai... (Idea utk sayur yang paling senang)

Semua yang diatas tak sesuai utk isha. so, mama gorenglah ikan utk anak mama ni
Emm....dah siap makan, rehat-rehat jap...petangnya bila mula rasa cam boring...apalagi, kuarlah. tak tau nk pegi mana. Bawak je keta...pastu nampak signboard pantai cherating masuk je..hehe

Disebabkan jarang pg pantai, isha pn takut ngan air laut. Letak je kaki dalam air menjeritlah dia takut tengok ombak. hahaha. Dan yang lucunya, aku saja je korek-korek pasir then terjumpa remis pulak. dah abah bising tanya mama tak nak balik ke.hahahaha. Habis tu cam seronok sgt cari remis tu...


Ni je yang sempat jumpa sebab hujan dah mula turun renyai-renyai. Kang tak pasal-pasal plak demam. Ingat kan nak balik rumah terus. Sempat juga singgah makan sata & otak-otak kat kuala.

Seronok jugak kalu dapat mcm ni every week. Ada je aktiviti. Ni kalu time abah tak balik boring je 2 beranak duk umah tak tau nak buat apa..takpalah..sabar je dengan dugaan ni.




Monday, September 28, 2009

Special for Lil' Isha


I loved you from the very start,
You stole my breath, embraced my heart.
You're part of me my lil' Isha
My mind was filled with thoughts of you.
I'd daydream of the things we'd share,
Like late-night bottles and Teddy bears.
Like first steps and skinned knees,
Like bedtime stories and ABC's.
I thought of things you'd want to know,
Like how birds fly and flowers grow.
I thought of lessons I'd need to share,
Like standing tall and playing fair.
When I first saw your precious face,
I prayed your life be touched with grace.
I thanked to Allah
And promised you unending love.
Each night I lay you down to sleep,
I gently kiss your head and cheek.
I count your little fingers and toes;
I memorize your eyes and nose.
I linger at your nursery door,
Awed each day I love you more.
Through misty eyes,
I dim the light,
I whisper, "I love you" every night.
I loved you from the very start,
You stole my breath, embraced my heart.
As mother and child our journeys begin,
My heart's yours forever lil' Isha..


Sunday, August 23, 2009

Jalan-jalan Zoo

Balik aje dari Team Building...abah sambung cuti 2 hari..punyalah best..apa lagi, jalan-jalan ah. Tak tau nak pegi mana. fikir punya fikir pegi zoo lah. Orang lain dah berzaman pegi zoo yang baru buka ni, aku & family baru jer nk menjengah kat sana. Rasa-rasanya pada aku biasa je kot. Maklumlah baru bukak kan..so banyak lagilah benda yang still under 'construction'. yang nampak cam complete cantik aku rasa air terjun kot..oklah kalu nak ajak family bersantai kat sana mandi manda...cuma cam open skit ler..

Isha tengah ngantuk sebenarnya tu..tapi terpaksalah ikut jugak...layannnnn



Alah...abah buat-buat berani tu...sekali kluar kepala ostrich tu kut lubang pagar..tergezut jugak..

Last-last alisha layan main jongket zirafah ni..barulah anak mama nak senyum. tau ngantuk..balik...balik...

Saturday, August 15, 2009

Team Building 4-6 Ogos 2009

Wawiwu....kursus 3 hari yang agak menyeronokkan tapi terselit jugak sedih pasal teringat anak yang kena tinggal kat umah..iskiskisk..kalaulah tak pegi kursus ni, aku tak kenal pn Mayang Sari Resort ni..nama je org terengganu..tapi kalu orang tanya mesti aku terkial-kial tak tau kat mana..yang paling aku suka makanan dia..pergh! sedap oooo..semua aku bedal except seafood & ais ler..still dalam pantang lagi ler katakan. Aku sebilik ngan syima & serumah ngan k.sya, huda, azida & cik mek yang suka ketawa (lupa nama dia).umah depan swimming pool.sempat jugak aku mandi (walaupun bahagian kanak2 pasal yg dewasa boys dh amek) after kena hujan masa ikut berang ngan lebah pegi mancing yang akhirnya tk jadik sbb ribut melanda.hahahaha...
ni umah yang kitaorang stay..buka sliding door terus swimming pool..huhu..aktiviti yang fasilitator bagi pn agak best ler..so, takdalah homesick sgt pasal quite enjoy ngan geng2 yang kelakar ni. so, kitaorang dibahagikan ikut group..group aku nama 7E (7 Elements) lebah, berang, teh, tenggiri, kaktus, singa & kala jengking. rasanya yang paling aktif dlm group aku lebah ngan berang lh kot..seniorlh katakan..
Tengoklah muka berang tu..garang oooooo...gerun rasa...hahaha..banyaklah aktivi..tapi dalam banyak-banyak tu, favourite aktiviti aku suka masa nyanyi sambil berlakon tu..group aku dapat lagu 'Sedangkan lidah lagi tergigit'..aku dengan yoe nyanyi..yang lain berlakon..sempoi gila lebah jadi perempuan..isteri kepada berang..hahahaha
aktiviti lain pn best jugak..cuma tak tercerita dalam blog ni..banyak sangat...



Ni time makan..banyak ooo aku makan..k.sya bagus..selalu habiskan makanan dia..camna ek nak tiru dia..






Fuh...lega pas dapat sijil..habis satu bab..Sesi bergambar...kaum pompuan je yer..

Ni kira dah grad lah ni... Alhamdulillah..

Yahooooooooo...buleh balik!

Tuesday, August 11, 2009

Si cilik Alisha yang semakin hebat..






Tup tap tup tap..Isha dah pn 8 bulan lebih skrang ni. cam tak percaya je masa cepat sangat berlalu bila tengok anak membesar depan mata. Sedangkan hal2 yang berlaku dari saat mengandungkan Isha till melahirkan masih terbayang lagi kat mata aku. Now! Isha dah hebat.. maybe belajar dari pakcik kembar dia kot. hehehehe..merangkak masih terawang-awang lagi..tapi dia dah pandai duduk 'katak' (cam mak ngah dia) :)), pastu sikit-sikit cari tempat yang boleh dia paut utk berdiri..huh! jenuh jugaklah coz takut terkelepuk jatuh ke belakang pasal bukannya stabil sangat lagi..



Gigi tak tumbuh lagi..cuma suka sangat gigit tangan orang kalau dia rasa cam geram..merah jugaklah pasal gusi dh keras..Ini time dia berkemas..segala buku akan dikeluarkan dari meja tu..pastu dia akan masuk kut celah meja tu then meniarap sambil tengok tv dari bawah meja..hahaha

Bila aku nak buat kerja ke..nk gi toilet ke..terpaksalah masukkan dalam walker dia kalu takda orang kat luar..mula-mula dia suka lagi main dalam tu..tapi bila perasan cam takda orang kat sekeliling, maka akan berteriaklah anak dara ni pasal tau dia sorang diri je main..

hahaha...dah tak tahan sangat asyik nak memanjat jer..mama letak isha dalam kotak. Senyap sekejap..tapi tahanlah untuk 1 minit..pastu, sambung lagi..

Apapun, isha tetap kesayangan abah dan mama..isha anak yang baik (insyaAllah)..mama & abah selalu mendoakan agar Isha membesar dengan sihat, cerdik & menjadi insan yang berguna kelak..AMIN!

Monday, August 10, 2009

Birthday lagi...

huh...bulan 7 memang kena wat 2 kali birthday..ayah & abg. chik...asyik mkn kek jelah bulan ni..nak buat macam mana...tak buat tk leh...ada yang jeles sat lagi.


hihi...takda kaitan pun gambar kami ber3 ni...saja nk interframe..