Monday, January 25, 2010
Perkembangan Nur Alisha
1) First word 'ABAH' - 7 bulan
2) Second word 'MAMA' - 9 bulan (Tak aci!)
3) Start makan bubur - 5+ bulan
4) Expect ada ekzema - 3 bulan (Tukar susu Nan HA 1)
5) Tukar susu Nan HA 2 - 11 bulan
6) Tukar susu Nan 2 - 1 tahun 2 bulan (Tgk mcm ok je-just kawal makan)
7) Meniarap - 3+ bulan (21/3/2009) mama ingat sebab ada gambar isha time ni siap dgn date
8) Pandai tgk Tv - 6 bulan
9) Bangun dan berpaut pada sesuatu - 8 bulan
10) Merangkak - 9 bulan
11) Duduk dgn stabil - 8 bulan
12) Tumbuh gigi (4 batang) - 1 tahun 2 bulan
Setakat yang aku catat kat blog ni, Isha still takut nak berjalan. Masa setahun 1 bulan tu dia dah boleh berjalan 7 langkah. But now, may be dia ada jatuh ke masa try nak jalan. So, bila kita pimpin dia, ok je. Lepas je tangan, terus tak nak jalan. Takpalah...sabar je.
Sunday, January 17, 2010
Survey for REUNION 5 AL-GHAZALI, MRSMKT BATCH 98/99
2) TANJUNG INN
3) CHERATING PALM RESORT
Rate : Standard - RM 94 (Weekday), RM 144 (Weekend)
Rate : RM 250.00 - 5 persons (Rumah jenis 2 tingkat)
RM 220.00 - 4 persons
RM 170.00 - 3 persons
RM 150.00 - 2 persons
RM 100.00 - 2 persons (Fan)
Service : Makanan per person - Breakfast (RM 5), Lunch (RM 12), Dinner (RM 12), BBQ (RM 25)
Nampak cantik, kedudukan pn betul-betul tepi pantai.
Contact No : 09-5819068
5) KOMPLEKS BUDAYA CHERATING
Service : Makanan - RM 25.00/pax ( 6 times per day) - tapi menu biasa jelah. Bukan buffet
Boleh arrange untuk sukaneka - Sewa padang RM 150.00, Sukan 6 jenis = RM 3 seorang. Boleh pilih nak sukan apa.. Dia akan fix kan utk kanak-kanak & dewasa. Kalu nak sewa padang netball (RM 50), Padang Street Soccer (RM 50)
Selain tu, diorang juga boleh adakan aktiviti kebudayaan yang kita boleh involve sekali mcm masakan tradisional, anyaman, canting batik, monyet panjat pokok kelapa, gasing, wau. Ada persembahan kebudayaan mcm tarian, wayang kulit, dikir barat. Diaorang akan charge ikut apa yang kita nak.
Aktiviti naik boat menyusuri sungai dan tengok kelip-kelip - RM 25.00 seorang
Jungle tracking - RM 9 seorang
Senamrobik - RM 200 satu sesi
Karaoke set - RM 400
BBQ set - RM 25 seorang (boleh BBQ sambil memancing sebab tapak BBQ tu kat jeti)
Kalau tak nak sewa kat dia, kita boleh jugak ambik aktivi je kat dia.
Laman Web : http://www.kompleksbudayacherating.com/
Contact No : 012-5957473 (mohd Safuan)Saturday, January 9, 2010
Tonsil
Monday, January 4, 2010
JB-KL-Bukit Tinggi Resort
26/12 - Tengok progress rumah kat kangkar pulai
Stay umah Cik Alias kat TUDM Subang
Monday, December 7, 2009
2nd Disember 2009
Tuesday, December 1, 2009
Masak time...
Pari bakar
Cecah sambal kicap
Antara sayur favourite hubby
Dessert time..
Sunday, November 29, 2009
Dah Setahun?

Anak mama dah setahun? Wawiwu...cepatnya masa berlalu. Sekejap je rasa..Ada rasa gembira, terharu, dan macam-macam lagilah. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit, pagi tu aku mintak tolong mak buatkan pulut kuning skit sebagai tanda kesyukuran. Bawak pegi office jamu kawan-kawan. Tapi tetiba je tengahari isha demam mengejut, Suhu dia 38.9. Mak oiiiiiiiiiii. terkejut aku. Doktor terus suggest untuk masukkan ubat dalam buntut biar cepat kebah pasal panas sgt. Petang masa balik keje tu nampak dh ok skit. Tpi diselangi pulak dengan selsema & batuk. Buntu aku mikirkan pasal dia nampak ok je then tiba-tiba demam kuat. Takut aku. Kata orang may be nak 'beralih tahun', nak besar..mungkin jugak kot. Sebab mengejut sangat jadik. Ngam-ngam masa umur dia cukup setahun.
Kek tu nenek yg sponsor. Kalu ikut aku nk order yg kecik je sbb bkn ramai pn. Tapi dh neneknya nk jugak yang besar, ikut jelah.
Raziq Rafiq... nyum nyum

gelagat isha yg baru je nampak tanda nak tumbuh gigi 4 batang..hahaha
Abah kasik..
Cik Sue kasik..
Nenek ngan mak ngah (jb) kasik
Cik Nik kasik..
Cik ana Kasik
Mama? mama belikan Isha baju satu set yang Isha tgh pakai tu lah..hehehe
Emm. Birthday isha kebetulan sehari sebelum hari raya haji..maka aku tk terasa sgt sambutan raya pasal duk sibuk nk sambut birthday isha. hehehe... Eem...so far seronok sgt. InsyaAllah kalu ada rezeki, panjang umur, tahun depan bleh buat lagi. Amin..







