Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, March 14, 2011

Alisha dah berhenti minum susu...

Alhamdulillah...
Genap 2 tahun 3 bulan umur Alisha, dia dah stop minum susu botol. Syukur sangat sebab mudah yang teramat dia nak stop. Aku memang plan nak stop bagi dia minum susu botol, tapi ramai kawan-kawan cakap tak payah dulu sebab kesian dia kecik lagi. So, aku pun tak fikir sangatlah. Tapi aku mula perasan Isha dah start kurang minum susu sejak aku balik Kemaman after habis pantang kat JB. Mula-mula tu dia mintak time siang sekali je....then time nak tidur dia akan mintak lagi sekali. Selang beberapa hari...dia mintak time nak tidur je. Pastu selang beberapa hari lagi, terus dia tak mintak dah. Tapi aku ada beli air chrysanthemum, air soya, air milo, ducth lady kids... so, bila dia cakap nak susu aku akan kata susu dah habis, 'kakak minum air ni dulu, nanti mama keluar pegi beli susu ok'. Isha ni jenis tak banyak kerenah, dia cuma jawab 'em' dan minum je air yang aku bagi tu. Lama kelamaan dia jadi lupa dan sampailah sekarang dia terus dah takda mintak lagi.
Syukur sangat-sangat sebab aku berjaya buat isha stop susu tanpa perlu bersusah payah. Dulu aku selalu bayangkan terpaksa tukar puting botol ke, sapu apa-apa yang tak best kat puting ke untuk stopkan isha dari minum susu...risau jugak masa tu...tapi Alhamdulillah anak yang baik ni selalu buat hati mama terharu dengan sikap memahaminya....cayang kakak....

Tuesday, February 22, 2011

Muhammad Asyraaf bin Mohd Norazan


Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dikurniakan limpahan rezeki yang tak terhingga. Muhammad Asyraaf lahir tepat jam 5.17pm pada 21 Disember 2010 @ 4.25kg. Lewat seminggu dari jangkaan doktor iaitu pada 14 Disember 2010 (Birthday mak).
Pengalaman kali ni agak lain sikit daripada semasa melahirkan Nur Alisha dulu walaupun kedua-duanya caeserean.
Tepat 6.30 pagi aku dimasukkan ke labour room memandangkan jalan sudah terbuka 3 cm. Masa dalam labour room tu, doc scan dan kata baby aku agak besar. So, agak berisiko utk melahirkan secara normal memandangkan aku ada previous scar semasa melahirkan Alisha dulu. Doc yang pertama scan dapat 3.8kg, doc kedua dapat 4.3kg dan doc ketiga dapat 3.8kg. Doc kata kalau below 4 mungkin boleh bersalin normal. Cuma kalu betul jangkaan 4.3kg tu, agak berisiko sama ada parut lama terbuka semula atau bahu baby akan tersangkut semasa nak dikeluarkan. Tapi, aku tetap nak cuba untuk bersalin normal dan doc pun beri peluang pada aku selama 8 jam saja. Alhamdulillah semua doc dan staff yang bertugas sepanjang aku berada di labour room tu semuanya peramah, mudah senyum dan baik-baik semuanya. Takda seorang pun staff yang bermasalah sepanjang aku kat situ. Husband pun dibenarkan on/off masuk sepanjang aku kat labour room.

Setiap jam, doc datang check jalan, cuma terbuka setakat 4 cm je. Pukul 11am, doc masukkan ubat. aku tak rasa sakit. So, dos ubat terpaksa di tambah. Pukul 1pm baru aku start rasa contraction. Sampailah pukul 2 jalan still terbuka 4 cm je. Aku mintak doc bagi masa sikit lagi memandangkan aku baru je rasa sakit. Harapan aku mungkin jalan akan terbuka kalu sakit makin kerap. Doc stuju tambah masa lagi 2 jam. Tapi nak buat macam mana... jalan still static pada 4 cm jek. So, on the spot aku di siapkan untuk ke dewan bedah. Tuhan je yang tahu perasaan masa tu. Even dah ada pengalaman sebelum ni pun, aku dah membayangkan keperitan masa selepas bersalinkan isha dulu. Tepat pukul 5.17pm lahirlah puteraku MUHAMMAD ASYRAAF dengan berat seperti yang dijangkan iaitu 4.25kg.

Aku agak 'down' pada mulanya sebab kalau kali ni pun caeser, anak cuma dapat tambah lagi seorang je. Doc ada nasihatkan aku, anak berapa orang tu, bukan kita yang tentukan. Yang penting kita berserah saja pada Qada' dan Qadar. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Lepas Asyraaf lahir, barulah aku tersedar dan bersyukur sangat2 kerana dikurniakan rezeki seorang lagi anak. Bayangkan orang lain yang diberi dugaan tiada anak. Macam manalah perasaan diaorang. Suami pun banyak beri sokongan bila tengok aku sedih. Alhamdulillah Ya Allah! Aku hanya hamba yang lemah.

Satu pengajaran yang amat bermakna aku dapat ialah...walau apa pun yang kita rancang dan inginkan, siapalah kita untuk menentang ketentuan dari Allah S.W.T. Percaya kepada qada' dan qadar. Redha...

Saturday, November 20, 2010

Sayang anak tangan-tangankan...


Betullah kata orang yang berpengalaman...anak ni akan semakin buat perangai bila dia nak dapat adik. Makin kita sarat makin teruk dia buat perangai. Selama ni aku boleh lagi tahan, Sebolehnya tak nak layan sangat perasaan marah ni. Yelah...budak sebesar Alisha bukannya tahu apa-apa. Dia nakkan perhatian sebenarnya. Tapi sejak dah terlalu sarat ni, makin tergugat kesabaran aku. Ditambah pula dengan abahnya yang duduk jauh, jadi sasarannya pada aku jelah.
Isha..Isha....kesian bila kena pukul dengan mama. Mama tak sengaja sebenarnya. Cuma kadang kerenah isha betul-betul buat mama hilang sabar. Kadang Isha buat perangai dengan tak tau apa puncanya. Mama dukung tak kena, mama letak isha marah, mama buat bodoh pun makin isha menjerit...Kesian Isha yang tak mengerti apa-apa bila kena marah dengan mama. "kesian juga kat diri sendiri" -bisik hati kecil aku.
-Maafkan mama, isha sayang-

Tuesday, November 9, 2010

Pendedam

Aku seorang pendedam? Kadang aku tak realize semua tu. Tapi aku perasan... Once kalau sesuatu benda yang aku nak sangat dan aku tak dapat..sampai bila-bila pun aku akan ingat. Dan seandainya benda yang aku nak tu melibatkan seseorang yang perlu penuhinya, maka aku akan make sure one day dia akan rasa macam mana sakitnya hati bila tak dapat apa yang dikehendaki. On the spot aku akan ulang balik dan bagi paku buah keras kat orang tu.
Satu lagi, kalu sekali orang tu dah sakitkan hati aku jenis sakit hati tahap gaban punya....aku akan anti dengan orang tu yang teramat sangat. Sampai tertutup terus pintu hati nak baik dengan dia. Kat depan aku akan cuba buat slumber...tapi jangan harap orang tu akan aku masukkan dalam list kalau ada apa-apa keperluan sama ada aku dalam kesenangan ataupn kesusahan. Blacklist terus.

Kadang aku tak sedar ada perangai 'buruk' ni. Tapi, aku pun tak tahu kenapa aku jadi mcm ni. Mungkin keadaan & dugaan yang aku alami buat aku jadi sekeras ni. Aku bengang kalau ada orang cuba memperkecilkan keadaan aku. Apa? Diaorang pernah ke lalui apa yang aku lalui? So, jangan nak memandai kutuk dan memperkotak katik kan aku. Selagi boleh lawan aku akan lawan. Orang yang suka-suka nak mengutuk, tak memahami aku... Aku akan doakan semoga di masa akan datang dia akan sedar dan terlebih sedar yang semua ni adalah qada' dan qadar. Ketentuan dariNya semata-mata..

Saturday, November 6, 2010

35 Weeks


Huhuhu...dah masuk 35 minggu. Last scan kedudukan baby semuanya ok. Hopefully semua pun ok sehingga saat deliver. Risau juga sebab yang 1st kedudukan songsang sehingga terpaksa disorong ke dewan bedah. Harap sangat kalau kali ni dapat bersalin normal & fully breastfeed untuk second baby. Baby pun Alhamdulillah aktif. Cuma, doc suruh sentiasa alert dengan pergerakan baby sebab kalu ditengok, uri nampak dah tua/matang. First time aku dengar istilah tu. Doc takut baby tak dapat cukup oksigen yg menyebabkan pergerakan dia semakin lemah. Nauzubillah...mintak dijauhkan. Kalau tak ada apa-apa aral, insyaAllah 1/12 ni dah start cuti. Masa tu pun dah 38 weeks. Tapi dalam hati ni risau juga kalau-kalau terawal bersalin sebab baby pun dah turun sangat. Tak kisahlah...asalkan semua selamat dan sihat. Barang baby pun semua dah packing masuk kereta. In case kalu sakit kat mana-mana senang nak kuarkan. Maklumlah...orang yang PJJ dengan husband ni kenalah sedar diri sikit. hahahaha. Kebetulan kalu time sakit husband takda kat sini, kita pun dah standby semua. Jadi taklah kalut sangat.

Hopefully semua ok...-Amin-

Tuesday, November 2, 2010

Birthday Abah 27.10.2010




Walaupun abah tak dapat balik pada hari kelahiran beliau tu, mama & isha tetap pergi tempah kek. Celebrate 3 orang jek kat umah. Terpisat-pisat Isha baru bangun tidur kena tiup lilin kek dengan abah. hahaha. Abah sampai pagi jumaat tu, terus sambut. Even tahun ni buat secara kecil kecilan pun...takpalah. Yang penting 'HAPPY'! Semoga Abah sentiasa sihat, dimurahkan rezeki, ceria selalu. Dan yang paling penting..semoga kita sekeluarga akan dapat stay together secepat yang mungkin...Amin-Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup hambaMu ini.

FKMT Family Day Cemerong Waterfall (30.10.2010)




Kalau diikutkan dengan keadaan aku yang sarat ni, memang dah tak larat nak involve dengan aktiviti macam ni. Tapi, mengenangkan bukan senang nk kumpul mcm ni dgn member-member sporting FKMT, so kena laratkan jugaklah. Punyalah tinggi bukit kat cemerong tu...sampai berpinar-pinar mata aku mcm nak pengsan. Serius tak larat. Hati ni geram je tengok air terjun yang sejuk dn nyaman kt cemerong tu. Janganlah anak dalam perut ni meleleh air liur sebab tak dapat mandi air terjun. Sian dia. Aku tahan je tk dapat mandi. Dapat rendam kaki pun jadilah. Yang isha pulak time abah dia pergi mandi kat tengah-tengah bising nak ikut. Bila abah dia ambik, menjerit pulak takut air. Seronok jugak walaupun ramai staff yang awalnya kata nak datang tapi batang hidung pun tak nampak. Tak kisahlah...yang penting geng-geng yg dapat join ni pun dah cukup enjoy!