Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 3, 2011

Membebel atau Mendiamkan diri?

Bukan niat untuk membuka kisah kehidupan rumahtangga. Cuma sekadar coretan untuk dikongsi bersama.

Sabtu lepas, masa aku ngan suami dalam kereta on the way ke kuantan, tiba-tiba terkeluar topik perempuan yang suka membebel/berleter. So, of course masing-masing akan cuba menangkan gender masing-masing. Husband kata, kadang kalau dah sifat perempuan tu memang suka berleter, akhirnya akan menyebabkan suami tu malas nak cakap banyak dan lebih mendiamkan diri. Then, aku jawab... kalau tak nak isteri berleter, kenalah sama-sama menjaga kebersihan rumah, kemaskan apa yang patut, kesimpulannya...'ringan tulang' untuk membantu isteri menguruskan rumah tangga. Kalau isteri sorang je yang sibuk mandikan anak, memasak, kemas rumah, tidurkan anak... sedangkan suami duduk depan TV tengok citer best, layan game... ataupun tidur...mestilah isteri akan mula membuka mulut untuk berleter sebagai tanda protes kerana penat mengerjakan perihal rumah sorang diri sedangkan bukan ke tanggungjawab tersebut harus dipikul bersama.

Suami aku ada kata.. kadang suami ni bukannya tak nak tolong isteri, cuma bila ada perkara yang ditolong tu tidak memuaskan hati si isteri, isteri pun tetap akan merungut dan berleter... jadi jalan yang terbaik ialah duduk diam dan jangan tolong apa-apa.. Aku akui kata-kata suami aku tu. Sebab kadang aku pun macam tu juga (tapi tidaklah selalu). Peringatan untuk kaum isteri, kalau suami kita dah ringan tulang nak tolong tu, sepatutnya kita memuji dia..masakkan yang sedap, dan apa-apa yang bersesuaianlah. insyaAllah suami secara automatik akan menjadi 'ringan tulang' untuk membantu isteri dalam banyak perkara. Apa yang aku biasa dengar.....isteri mesti akan kata 'alah...pandai ke buat tu? jap lagi tunggang langgang semua benda' (*Peringatan untuk diri sendiri). So, automatik suami jadi malas dah nak tolong kita.

Aku bukalah satu cerita kat suami aku... dulu masa aku sewa rumah bujang ngan kawan-kawan kat johor, tuan rumah aku ni dia serahkan rumah yang kitaorang sewa tu kat anak perempuan dia yang 2 orang ni. Satu tu dah kahwin dan ada 2 orang anak tapi dah pun bercerai, satu lagi masih bujang. So, satu hari tu akak yang dah berkahwin tu dia cerita kat aku & the geng tentang macam mana dia dan suami boleh bercerai. Kitaorang takda tanya pun, tapi dia yang nak cerita. So, tadah jelah telinga mendengar cerita dia tu. So, dia kata...ex-suami dia ni dulu kalau balik kerja, bukak baju then letak je kat mana-mana yang dia suka walaupun akak tu dah sediakan bakul untuk letak baju kotor...lepas tu lepak kat depan TV macam raja. Mula-mula akak tu tegur elok lagi...tapi lama-kelamaan suami dia takda inisiatif untuk berubah dan tetap macam tu. Jadi...ada satu hari tu, suami dia balik kerja dan macam biasa letak baju kerja kat atas sofa...seluar atas lantai... Akak ni dah naik angin, terus gumpal baju dia tadi dan lempar ke laman rumah. Masa tu tengah hujan. Pastu suami ni pergi ambik balik lalu terjadilah pergaduhan yang besar. Akak tu kata itulah punca mereka bercerai. Hurm.....my husband terdiam masa aku cerita tu, pas tu dia kata "kenapa sampai macam tu? patutnya cakap jelah...ini sampai bercerai berai!" Ha.... ini bermakna berleter itu adalah lebih baik daripada membuat perkara yang macam tu. Yelah...sampai boleh bercerai. Teruk kan? Suami aku kata...oh kenakan abang yer? takdalah... sekadar bercerita untuk bersama-sama kita fikirkan dan muhasabah diri.

Sunday, April 17, 2011

Langkah baru bermula

Alhamdulillah

InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan urusan aku untuk mengusahakan perniagaan kecil-kecilan ini. Langkah ini baru bermula dan semoga permulaan ini menjanjikan kejayaan.
Terima kasih untuk suami yang banyak memberi sokongan dalam usaha aku menjayakan cita-cita.
Buat Alisha & Asyraaf, mama sayang sangat korang semua.

Sunday, April 3, 2011

Asyraaf kena Ekzema !

Aku memang ada ekzema masa kecik dulu, cuma semakin besar ekzema tu semakin hilang dengan sendirinya. So, masa Isha dulu, dia kena jugak ekzema tapi tak teruk sangat coz aku cepat-cepat tukar susu NAN HA (Hipoallergenik). Cuma sekali sekala je kalu isha salah makan, kulit dia akan merah sekejap.

Tapi Asyraaf agak teruk jugak. Masa pergi check up kat klinik biasa, disebabkan aku breastfeed, doc ada bagi ubat dan suruh aku pantang makan seafood, ayam, daging, susu lembu. So, memang aku cukup jaga pemakanan aku. Tapi lama kelamaan aku tengok keadaan asyraaf macam takda perubahan dan makin teruk. Then decide dengan husband nak bawak pergi ke klinik pakar kulit kat K. Trg. Doc tu bagi penerangan yang agak detail tentang apa yang aku tak boleh makan which is : Udang, Sotong, Ketam, Kerang, Ikan Tongkol, Telur, Budu, Belacan ( 8 jenis). Selain daripada tu, semua aku boleh bedal...so, selama ni yang aku berpantang ayam dgn daging tu sebenarnya tak ada apa-apa pun. Other than that, aku kena cuba elakkan asyraaf daripada menggaru, suhu tak boleh terlalu sejuk (kulit kering) dan tak boleh terlalu panas (kulit merah) dan anak yang ada penyakit ekzema ni tak boleh pakai sabun medicated. Hanya boleh pakai sabun biasa (seperti johnson baby) ataupun aques cream (dekat klinik kerajaan biasa supply).

Alhamdulillah, dengan ubat yang doktor tu bagi, sehari selepas tu, asyraaf dah tak menggaru bila aku buka baju & seluar dia. Biasanya dia akan menggaru sampai berdarah. Now, tone kulit dia still bercampur-campur lagi. Cuma, kulit yang selama ni kering sangat-sangat dah pun nampak perubahan yang positif. Kerak kat kepala dia pun dah tinggal sikit je lagi. Doc kata, dalam seminggu je, kulit dia akan clear sepenuhnya. So, wait & see.

Doc pun ada kata, better kena dari kecik sebab biasanya bila umur dia dalam 5-7 tahun, ekzema ini akan pulih sepenuhnya (mcm aku). Kalu bila dah besar baru start kena, memang biasanya tak akan pulih dan kena bergantung pada ubat selamanya.


Asyraaf garu lengan dia sampai berdarah


Tone kulit yang tak sekata

Asyraaf dah boleh meniarap




Alhamdulillah....

Genap usia Asyraaf 3 bulan, dia dah boleh meniarap. Tapi belum boleh angkat kepala. Seminggu selepas tu, dia dah boleh angkat kepala. Masa kakak isha dulu, 3 bulan stengah baru boleh meniarap. Agak lambat juga nak boleh angkat kepala. Asyraaf advance skit...lelakilah katakan! Takpa...yang penting dua-dua anak mama membesar dengan sihat dan mudah-mudahan menjadi anak yang baik...-Amin-


Monday, March 14, 2011

Fully Breastfeed...Alhamdulillah

Kalau dari awal kita dah berniat, insyaAllah akan diberi kemudahan dan petunjuk jalan. Masa bersalinkan Alisha dulu, aku sgt-sgt frust sebab tak dapat BF sepenuhnya. Susu memang banyak, cuma sebab ada sekali tu terpaksa bagi dia susu botol lepas aku kena warded sebab kena 'blood patch' - side effect dari cucuk epidural masa caeserean. Lepas isha dah kenal botol susu, terus dia tak nak BF. Sedih sangat....At last aku terpaksa lupakan niat untuk BF isha. Susu pun kering dengan sendirinya...

Masa aku mengandungkan Asyraaf, susu dah start keluar since pregnant 4 bulan yang menguatkan lagi semangat aku untuk fully BF nanti. Sebelum bersalin tu aku dah beli siap-siap Spectra Handy Manual Pump sebagai persiapan kalau-kalau aku dapat fully BF Asyraaf. Alhamdulillah...susu memang banyak. Aku dapat fully BF dia since dia lahir sampailah sekarang. Dari segi cara-cara untuk fully BF bagi ibu yang bekerja tu banyak aku tanya pada kawan-kawan dan buat research kat internet. Alhamdulillah... sekarang ni dah dekat sebulan aku bekerja dan masih dapat fully BF utk Asyraaf. Kalau nak dikatakan penat tu memanglah...tapi dalam masa yang sama rasa seronok bila dapat bekalkan susu sendiri untuk keperluan anak instead of bagi susu formula. Lagi satu, macam satu pengalaman baru yang mencabar bagi ibu yang bekerja...


Ni routine harian aku untuk bekalan Asyraaf ke rumah pengasuh:



Biasanya malam sebelum tidur tu aku akan keluarkan stok susu dari peti sejuk beku dan masukkan ke dalam besen kecil, letak botol berisi susu dan letak air sikit. Then, pindahkan ke bahagian sejuk yang biasa.

Sebaik bangun pagi, aku akan keluarkan susu yang aku rendam malamnya untuk di 'transfer' ke dalam botol.

Ni susu yang dah siap di 'transfer' ke dalam setiap botol ikut sukatan keperluan Asyraaf bagi sekali minum. Sebelum tu, aku dah goncang dulu untuk ratakan lemak susu dengan air.

After that aku akan label setiap botol tersebut dengan nombor mengikut susunan dari susu yang terawal aku pam hingga susu yang paling terbaru supaya senang pengasuh nak ambik bila nak bagi Asyraaf.


Taraa....susu yang dah ready untuk dibawa ke rumah pengasuh...

TQ ALLAH...

Alisha dah berhenti minum susu...

Alhamdulillah...
Genap 2 tahun 3 bulan umur Alisha, dia dah stop minum susu botol. Syukur sangat sebab mudah yang teramat dia nak stop. Aku memang plan nak stop bagi dia minum susu botol, tapi ramai kawan-kawan cakap tak payah dulu sebab kesian dia kecik lagi. So, aku pun tak fikir sangatlah. Tapi aku mula perasan Isha dah start kurang minum susu sejak aku balik Kemaman after habis pantang kat JB. Mula-mula tu dia mintak time siang sekali je....then time nak tidur dia akan mintak lagi sekali. Selang beberapa hari...dia mintak time nak tidur je. Pastu selang beberapa hari lagi, terus dia tak mintak dah. Tapi aku ada beli air chrysanthemum, air soya, air milo, ducth lady kids... so, bila dia cakap nak susu aku akan kata susu dah habis, 'kakak minum air ni dulu, nanti mama keluar pegi beli susu ok'. Isha ni jenis tak banyak kerenah, dia cuma jawab 'em' dan minum je air yang aku bagi tu. Lama kelamaan dia jadi lupa dan sampailah sekarang dia terus dah takda mintak lagi.
Syukur sangat-sangat sebab aku berjaya buat isha stop susu tanpa perlu bersusah payah. Dulu aku selalu bayangkan terpaksa tukar puting botol ke, sapu apa-apa yang tak best kat puting ke untuk stopkan isha dari minum susu...risau jugak masa tu...tapi Alhamdulillah anak yang baik ni selalu buat hati mama terharu dengan sikap memahaminya....cayang kakak....

Tuesday, February 22, 2011

Muhammad Asyraaf bin Mohd Norazan


Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dikurniakan limpahan rezeki yang tak terhingga. Muhammad Asyraaf lahir tepat jam 5.17pm pada 21 Disember 2010 @ 4.25kg. Lewat seminggu dari jangkaan doktor iaitu pada 14 Disember 2010 (Birthday mak).
Pengalaman kali ni agak lain sikit daripada semasa melahirkan Nur Alisha dulu walaupun kedua-duanya caeserean.
Tepat 6.30 pagi aku dimasukkan ke labour room memandangkan jalan sudah terbuka 3 cm. Masa dalam labour room tu, doc scan dan kata baby aku agak besar. So, agak berisiko utk melahirkan secara normal memandangkan aku ada previous scar semasa melahirkan Alisha dulu. Doc yang pertama scan dapat 3.8kg, doc kedua dapat 4.3kg dan doc ketiga dapat 3.8kg. Doc kata kalau below 4 mungkin boleh bersalin normal. Cuma kalu betul jangkaan 4.3kg tu, agak berisiko sama ada parut lama terbuka semula atau bahu baby akan tersangkut semasa nak dikeluarkan. Tapi, aku tetap nak cuba untuk bersalin normal dan doc pun beri peluang pada aku selama 8 jam saja. Alhamdulillah semua doc dan staff yang bertugas sepanjang aku berada di labour room tu semuanya peramah, mudah senyum dan baik-baik semuanya. Takda seorang pun staff yang bermasalah sepanjang aku kat situ. Husband pun dibenarkan on/off masuk sepanjang aku kat labour room.

Setiap jam, doc datang check jalan, cuma terbuka setakat 4 cm je. Pukul 11am, doc masukkan ubat. aku tak rasa sakit. So, dos ubat terpaksa di tambah. Pukul 1pm baru aku start rasa contraction. Sampailah pukul 2 jalan still terbuka 4 cm je. Aku mintak doc bagi masa sikit lagi memandangkan aku baru je rasa sakit. Harapan aku mungkin jalan akan terbuka kalu sakit makin kerap. Doc stuju tambah masa lagi 2 jam. Tapi nak buat macam mana... jalan still static pada 4 cm jek. So, on the spot aku di siapkan untuk ke dewan bedah. Tuhan je yang tahu perasaan masa tu. Even dah ada pengalaman sebelum ni pun, aku dah membayangkan keperitan masa selepas bersalinkan isha dulu. Tepat pukul 5.17pm lahirlah puteraku MUHAMMAD ASYRAAF dengan berat seperti yang dijangkan iaitu 4.25kg.

Aku agak 'down' pada mulanya sebab kalau kali ni pun caeser, anak cuma dapat tambah lagi seorang je. Doc ada nasihatkan aku, anak berapa orang tu, bukan kita yang tentukan. Yang penting kita berserah saja pada Qada' dan Qadar. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Lepas Asyraaf lahir, barulah aku tersedar dan bersyukur sangat2 kerana dikurniakan rezeki seorang lagi anak. Bayangkan orang lain yang diberi dugaan tiada anak. Macam manalah perasaan diaorang. Suami pun banyak beri sokongan bila tengok aku sedih. Alhamdulillah Ya Allah! Aku hanya hamba yang lemah.

Satu pengajaran yang amat bermakna aku dapat ialah...walau apa pun yang kita rancang dan inginkan, siapalah kita untuk menentang ketentuan dari Allah S.W.T. Percaya kepada qada' dan qadar. Redha...